Rabu, 26 November 2008

Tok Guru & Kelantan... Kelantan & Tok Guru

Kebelakangan ini banyak pihak terutamanya penyokong aliran sekular meminta Tok Guru Nik Aziz (TGNA) meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Laman-laman kritik di TKO dengan pelbagai tajuk merayu pengaruh pelayar TKO supaya terpengaruh dengan pujukan mereka meminta TGNA berundur. Ada yang pro dan ada yang kontra.. Biasalah rencah dunia. Surat yang indah khabar dari rupa juga memainkan kenyataan yang sama....

Sentiasa menjadi tumpuan rakyat

Pada ambo, seorang rakyat Negeri Kelantan yang menjejakkan kaki ke universiti ketika Kelantan mula diambil alih oleh Tok Guru merasa teramat keberatan untuk melepaskan Tok Guru dari jawatan tersebut. Ambo bukan sesapa pada TGNA malahan beliau tak kenal pun sapa ambo.

Sentiasa menganjurkan kepada rakyat supaya ikhlas menderma

Ambo minta TGN terus memegang teraju Kelantan bukannya kerana Kelantan tiada pemimpin pelapis yang berwibawa, bertanggungjawab, amanah dan ikhlas tetapi ambo merasakan Tok Guru dan Kelantan sudah sebati. Orang muda seperti ambo yang melihat segala perkembangan dan pembangunan fizikal dan rohani yang dizahirkan oleh TGNA amat senang dengan pentadbiran beliau.

Sentiasa dijemput menjadi khatib membaca khutbah setiap Jumaat

Umpama jawapan beliau apabila ditemubual oleh seorang blogger berkaitan cara beliau memerintah Kelantan. Beliau dengan bersahaja menjawab bahawa beliau diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan Negeri Kelantan dan bukannya memerintah. Dan Negeri Kelantan itu bermaksud rakyat Kelantan. Jawapan ini membawa pengertian yang amat besar pada ambo. Lebih penting lagi jawapan itu bukan hanya omongan kosong sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan siri kuliah yang beliau sendiri menjadi penceramahnya diserata ceruk Kelantan. Yang paling popular ialah di Dataran Ilmu di Jalan Dato' Pati setiap pagi Jumaat bermula jam 8:30 pagi. Ribuan rakyat Kelantan tak kira tua atau muda sanggup bersila di atas tar mendengar kuliah beliau yang bermula pukul 9:30 hingga 10:30 pagi. Modal insan sebegini menjadi asas utama pembangunan di Kelantan.

Kunjungan yang sentiasa ditunggu oleh semua lapisan rakyat

Ada juga yang meminta TGNA supaya bersara dan memberi tumpuan kepada dakwah sahaja. Permintaan ini pada ambo adalah satu bentuk kebodohan kerana sebagai Menteri Besar beliau mempunyai ruang yang paling luas untuk berdakwah. Segala bentuk media yang mewawancara atau bertanyakan tentang isu-isu terkini akan diulas oleh TGNA berlandaskan ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabi. Dakwah sebeginilah yang dapat membezakan pemikiran nasionalis yang pro sekular dengan pendekatan Islam. Dakwah sebeginilah yang menyebabkan ambo tetap menyokong TGNA kekal menjadi Menteri Besar Kelantan walaupun beliau sering uzur. Tafsiran beliau yang mudah difahami walaupun kerat diputar belitkan sentiasa ditunggu-tunggu oleh kami, generasi muda.

Sentiasa dihurungi oleh media bagi mendapatkan huraian terkini

Harapan ambo pada orang yang diluar Kelantan tu tak usahlah membandingkan pentadbiran TGNA dengan Tun DR Mahathir ataupun Pak Lah Badawi. TDM diminta turun oleh rakyat Malaysia selepas 22 tahun memerintah. Pak Lah pula ahli parti yang beliau pimpin meminta beliau berundur dari kerusi nombor satu itu. Tapi TGNA ambo percaya rakyat Kelantan masih memerlukan khidmat beliau. Dan kami akan sokmo-sokmo berada dibelakang kepimpinan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ini.


Takbir...
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Tiada ulasan: