Memaparkan catatan dengan label Lawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan. Papar semua catatan

Isnin, 27 Oktober 2008

SAMA GAGAH & Bumbung Rumah TOK GURU The Sequal

Rombongan dari Sama Gagah seramai 120 orang dengan 3 buah bas tiba di JKR 10 jam 1 petang. Ambo kenal beberapa orang je. Kitorang bersalam-salaman bertanya khabar dan ada yang berpeluk-pelukan.. Hehe dah baru sebulan lebih tak jumpa. Yang ambo kenal ialah Jamil. Pak Yob, Pak Zainol, Ustaz Abu, Fauzi, Ustaz Harun dan kebanyakan yang lain cuma kenal muka tapi tak tau nama. Maaf yer.

Mereka disambut oleh Urusetia Penerangan Negeri Kelantan dan dijamu makan tengahari disitu. Ambo dan 3 lagi kawan-kawan dari Tumpat akan membawa mereka membeli belah di Pasar Siti Khadijah dan melawat masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Mereka juga berhasrat untuk melihat bumbung rumah Tok Guru. Hehe.. Bumbung Rumah Tok Guru.. Macam-macam...

Selesai mendapat taklimat dari Encik Jamal 2 buah bas akan ke Pasar Siti Khdijah dan sebuah bas lagi akan menunggu rombongan yang akan mengikuti Sidang DUN Kelantan yang masih berlangsung.

Sampai di Pasar Siti Khadijah, kitaorang pun lepaskan rombongan tersebut untuk membeli belah. Ambo berehat di kerusi yang disediakan dekat tangga. Tunggu punya tunggu tengok jam dah kul 3 petang. Ambo gi solat zohor. Lepas solat zohor ambo tak tahu nak buat apa. Inilah lawatan paling lama di pasar Siti Khadijah ni.

Jenuh menunggu. Sabar. Pukul 4 tak turun2 lg. Ambo kembali ke tempat parking bas di depan Istana Balai Besar. Masuk solat Asar ambo gi solat di Masjid Muhammadi. Balik solat kul 5 ambo masih menunggu... Wah lamanya..... Ambo terbayang bagaimanalah kerja sebagai pemandu pelancong ni ek????

Pukul 5:30 petang baru kitorang bertolak ke Pulau Melaka. Misi utama ke Pulau Melaka ni ialah nak tengok rumah Tok Guru sebab kitorang tak buat appointment nak jumpa Tok Guru. Depa kata dapat tengok bumbung rumah Tok Guru pun jadilah... boleh buat cerita kat orang kampung di Sama Gagah.


Disebabkan untuk menggembirakan tetamu dari Pulau Pinang ini, ambo bersetuju untuk bersolat Maghrib di Masjid Tok Guru di Darul Anwar Pulau Melaka. Rupanya dari nak melihat bumbung rumah Tok Guru, mereka dapat berjumpa dan bersalaman dengan Tok Guru. Tok Guru jadi imam solat Maghrib.... Gembiranya hati ambo kerana dapat menggembirakan teman2 dari Pulau Pinang ini.

Lepas Solat Maghrib, bersalam dengan Tok Guru kami bertolak ke Pantai Sri Tujoh di Tumpat untuk menikmati makan malam yang disediakan oleh PASTI Negeri Kelantan dan menginap di Chalet Pantai Sri Tujoh sumbangan PAS Kawasan Tumpat. Cukup sehari ambo jadi Tourist Guide... Penat weh....

SAMA GAGAH & Bumbung Rumah TOK GURU

Mesti korang tertanya-tanya apa ada pada SAMA GAGAH. Kenapa dengan tajuk catatan ambo kali ini... Hehe... SAMA GAGAH.
Sama Gagah ni adalah sebuah mukim di dalam DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh. Habaq pasai Permatang pauh ni mesti hangpa maklum no.. Cakap utara sat.

Encik Jamal S/U Kawasan Tumpat suruh ambo pi sambut rombongan dari Mukim Sama Gagah di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada tengahari Ahad. Ambo dimaklumkan oleh Encik Jamal 3 buah bas akan sampai ke JKR 10 pada pukul 12 tengahari dan ambo ditugaskan untuk menyambut dan membawa mereka pusing2. Ambo ada tanya nak bawa demo ni ke mana... Dia sebut Pasar Siti Khadijah dan Pulau Melaka.

Pulau Melaka... Buat apa kat Pulau Melaka. Kita tunggu dan lihat.


Well masa nak memasuki JKR 10 tu ambo perati banyak kenderaan di parking di bahu jalan nak masuk ke Kota Darulnaim. Rupanya ada majlis Hari Raya di Kota Darulnaim. Jamil kawan ambo yang juga ketua rombongan tersebut telefon dan maklum ko ambo yang bas diorang jammed dekat Balai Islam Lundang. So ambo ambil kesempatan untuk meninjau majlis Hari Raya di Kota Darulnaim. Jom ambo bawak gi tinjau....

Ni gerai kawan-kawan ambo dari Urusetia Pembangunan Belia dengan gerai pelbagai colek buah atau rojak buah.....


Sabtu, 2 Ogos 2008

Jalan-Jalan Pi Pangkor

Salam.

Em... Hari ni ambo nak bercerita pasal jalan-jalan ambo ke Pulau Pangkor. Ambo gi dengan beberapa orang teman. Best sungguh sebab ambo tak pernah lagi sampai ke Pangkor ni. So ambo rasa sangat teruja bila teman-teman buat trip ni.

Ambo n fren bertolak dari Tu
mpat pada pukul 10:00 malam. Rehat makan durian di Batu Melintang n terus ke Lumut. Sepanjang jalan tu ambo bantai tidur tp tak boleh nak tidur sangat sebab jalan macam ular kena palu. Dapat plak driver yang tidak dapat lesen Formula One so pecut memanjang tak kira selekoh... pening palo ambo...
Ambo n kekawan sampai di Lumut pukul 4:00 pagi. Makan roti canai kedai mamak n tidur dalam kereta. Nak tidur kat masjid, pagarnya lock. Selepas solat subuh ambo bertolak ke Jeti Lumut n ambik feri ke Pulau Pangkor.

Hehe.. kena angin pagi ni nyaman sungguh... Tengok permandang pagi, pengkalan TLDM dengan kapal-kapalnya di dock suatu yang tidak dapat dilupakan. Ambo juga dapat menikmati permandangan matahari terbit yang cantik.... Em seronoknyer...

Sampai di pulau ambo n fren check-in then tidur... Ganti tidur yang tertangguh semalam... Tengaharinya ambo pi mandi air laut then pi mandi kolam plak. Berendam dalam kolam sampai kecut (hampir jadi ET). Petangnya ambo n group pi tour ke sekitar pulau. Shopping makanan laut yang dikeringkan.. Beli baju untuk anak2 sedara n sepupu. Jalan-jalan tengok panorama di Pulau Pangkor.


Lawaknya masa tengah tour tu, saing (kawan) ambo boleh mabuk naik kereta... So untuk mereleasekan pening2 lalatnya tu ambo pun temankanlah dia jalan2 tepi pantai.. Ingat nak sewa jet ski tapi tak cukup masa... So ambo mengakhiri tour tersebut dengan bergambar di atas batu.... Haha...Esoknya ambo check out dari resort tu n pulang ke kampung halaman....

Khamis, 31 Julai 2008

Snorkeling Kat Redang


Ni cerita ambo gi Pulau Redang... Nyaris lemas tp ok... Hehe malu kokrang sungguh.... Bertolak dari Tumpat dengan kenkawan... Ramai jugala... ada dalam 18 orang (ramai kan...). Tapi tak per... bos belanja. 3 Hari 2 Malam di Redang Laguna Beach Resort.

Snorkeling di sekitar Pulau Redang... comel sungguh ikan-ikan dan coral di bawah air ni... Warna warni... Bab paling best ialah makan.. Uyyyo segala jenis makanan ada n boleh makan tanpa limit (tapi kalau boleh jangan membazir... tak baik).Satu lagi yang paling ambo suka ialah masa main bola tampar pantai dengan beberapa foreign tourist.... hehe best sungguh. Group ambo beat foreign tourist 2 set berturut-turut.... Panas sungguh cuaca di sini... Sakit kulit2 sebab pancaran mentari yang panas... Ambo tak bawa sun block nak beli rasa macam mebazir je... So hasilnya hitamlah kulit ambo yang sawo matang itu dibakar sang mentari...
Satu part lagi yang ambo suka ialah bermain air di kolam.. Ambo berendam sampai kecut jari-jari tangan dan kaki. Hehe..... Lama tak berendam macam badak air ni... Ambo enjoy sungguh mari sini... Terima kasih kepada Abe Wi sebab bawa ambo ke sini.. Dengar cerita tahun depan nak jelajah Pulau Perhentian pula.. Hehe seperti biasa jangan lupakan ambo yer.....