Selasa, 24 Mac 2009

Sambutan MaulidurRasul Peti Undi Geting

Ambo bergegas balik dari PRK Bukit Gantang setelah seminggu berada di sana sebab keluarga kanda ambo dari Kuantan balik ke kampung. Lagipun ada beberapa agenda MTD Pengkalan Kubor yang berlangsung pada minggu tersebut antaranya ialah Perarakan Maulidur Rasul bersama Ahli Parlimen Tumpat YB Dato' Hj Kamarudin Bin Jaafar. Cerita banyak tak guna... Jom kita selongkar apa yang berlaku pada hari tersebut...

Menunggu ketibaan YB Dato' Hj Kamarudin Jaafa, Ahli Parlimen Tumpat.


Perarakan bermula.


Perjalanan perarakan sejauh 1 Km turut melibatkan pelbagai golongan seperti kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.


Sambil berarak selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW tidak putus-putus diulang.


Askar2 berkuda turut memeriahkan perarakan.. Diorang ni guna kuda Ustaz Aziz Kedai Geting.


Selain kuda motorsikal dan abasikal juga turut berarak pada hari tersebut.


YB Ahli Parlimen Tumpa bersama Pegawai Khas beliau bergambar bersama Penyelia DUN Pengkalan Kubor dan penduduk tempatan.


Tok Imam Mat, Imam Masjid Geting memulakan majlis dengan bersanji.


Muslimat sibuk menyediakan hidangan.


YB Dato' Ahli PArlimen Tumpat dan para pimpinan turut berselawat.


"Melentur buluh biaralah dari rebunnya..."


Ustaz Aziz sedang membaca doa selepas majlis.


Antara muslimat yang hadir.


Juadah siap untuk dihantar ke hadirin...


Proses menjamu selera....


Para pimipina juga menikmati juada yang sama.

Santai Ngan Kuarga

Puteri kesukaan ambo.. Humaira.. Lo ni payah nak dukung dia, sebab ambo jare jumpa dia. tak supo kakak dan abang2 dia...


Hak ni plak kuat make tapi cekeding jah... supo ambo masa remaja.. Kena marah ko mama dia sokmo sebab sukan make junk food.


Da notty n buas boy, Ariff Farhan.. brehi baloh ngan kakak dia berebut apa saja. Selalunya dialah yang menang..


Anakanda sedara yang sulong Iman aka Afnan.. Lerni degil sikit maklumla dah besar.


Dalam kereta menuju ke rumah Ayah Long di Pengkalan Chepa... Dok perati Kerol dok main tepi parit di Sekolah Neting.. Balik karang ambo nak oyat ko Umi dia biar kena gode..


Di rumah Ayah Long bersantai di ruang tamu....


Ayah Long dan anak-anaknya sedang menyediakan mee goreng berkuah untuk kitorang makan malam... Hehe...


Sabtu, 21 Mac 2009

Cipataan Ilahi


Anugerah ini akan sentiasa kekal jika manusia tidak rakus mengejar pembangunan. Permandangan yang indah ini akan dapat dinikmati zaman berzaman jika penguasa tidak dayus dengan suapan di bawah meja. Alam ini akan terus sejuk sesejuk mata memandang. Kesegaran udara dan kesuraman senja akan terus dihayati jika kita sama2 bergandingan menjaganya.

Rakaman ini ambo ambik ketika selesai tugasan ambo di Bukit Gantang dan dalam perjalanan balik ke Tumpat.....


PRK Bukit Gantang Chapter One - The Banners

Banner menjadi tarikan... Kalo nak jelas klik atas gambar tuh 2x

Ni tarikh 21/3/09 ambo on da way back to Pengkalan Kubor.... Dok perati kiri kanan jalan ambo terkelih beberapa banner yang menarik perhatian ambo. Benner ni diletakkan di DUN Changkat Jering... Nama tempat ambo tak tahu tapi menarik perhatian ambo. Pandai sungguh depa ni melukisdan kreatif....

ni ambo kongsi gambar2 banner tersebut....


PRK Bukit Gantang - Chapter One Salam Perkenalan

Program ari ni :

Ziarah bersama doktor (Doktor Zaki dari Terengganu)... Ramai warga emas suka kat dia... Depa habaq dia pandai ambik hati orang tua... Layanan dia pun baguih.
Sebelah malam ada majlis ramah mesra.. ada makan2.... tayangan LCD dan salam2

Gambar atas ni haha.... Dr Zaki dan Setiausaha DUN Pasir Pekan Solah Hudin Husin (tak berbaju) dalam sesi lepak2 borak di Markaz selepas sarapan pagi.

Setiausaha PAS Kawasan Tumpat menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang penerima yang memerlukan.

Ambo berlakon membakar lemang untuk program BBQ dengan penduduk Permatang Raja.

Proses mencari jentera pemuda di Permatang Raja berjaya apabila majlis sebegini diadakan. Berpusu2 depa datang...

Abang Nuar (Abang angkat ambo.. Antara pelakon utama PRK P059 Bukit Gantang Peti Undi Permatang Raja) menunjukkan skil menebarroti canai. Pecah rahsia dulu2 dia memang ada kedai jual roti canai.. Loni dia angkut sawit dan bawa lori ikan ke Kuala Besut.

Mula2 majlis ni nak buat untuk orang muda saja tapi dari budak kecik sampai orang tua semua nak datang... jadilah majlis salam perkenalan PAS Tumpat dengan Peti Undi Permatang Raja la plak.. Abis satu kampung hadir.. Muslimat pun hadir sama..

YB Mohd Zaki Ibrahim menyampaikan ucapan perkenalan....


Isnin, 16 Mac 2009

PRK P059 Bukit Gantang - Seminggu Ambo Di Sana


Di dalam van.

Ambo, Tok Ngulu Telok Jering, Abe Nor Ladang Rakyat dan Lah Nechang (TokNgulu Telaga Bata) bertolak dari PejabatDUN Pengkalan Kubor jam 4 petang setelah menunggu peralatan siaraya dari Bendang Pak Yong (ada majlis maulidur Rasul malam semalam). Rombongan Muslimat dari Pengkalan Kubor plak terdiri daripada Kah Moh Halaqat, Ma Nisa, Zai Nisa dan Mak Ngah Dah. Kami keluar dari DUN Pengkalan Kubor jam 5 petang menuju ke Parlimen Bukit Gantang dengan tak tahu kemana nak dituju. Tok Ngulu Telok Jering bawa peta highway kat Malaysia untuk rujukan takut2 makan langsat.

Permandangan senja di Batu Melintang ketika di dalam perjalanan.

Melepasi Daerah Jeli menuju ke Grik.

Kami sampai di Markaz PAS peti Undi Permatang Raja pada pukul 1 pagi setelah hampir sejam menikmati buah langsat di Kuala Kangsar (sesat sebab silap masuk simpang).Tetapi kami dapat menikmati panorama malam di Istana Bukit Chandan dan Masjid Ubudiyah di Kuala Kangsar tempat berlakunya tunjuk rasa rakyat kepada kerajaan.

14/3/09 kami menolong jentera UPU memasang bendera disekitar markaz PAS Permatang Raja kerana terdapat majlis kenduri kahwin di depan markaz. Hari ini tidak banyak aktiviti. So ambo ajak anak2 Abang Nuar (AJK PAS Cawangan) pi makan kuey tiow terbakar di warung Pak Tam .


Membantu jentera UPU Permatang Raja memasang bendera purnama di hadapan Markaz PAS Permatang Raja yang juga merupakan tempat penginapan kami.

Menunggu Pak tam siap menggoreng Kuey tiow.

Pak Tam dengan aksi membakar kuey tiow. Aksi ganas gak laa...

Ni salah sorang anak Abang Nuar, namanya Azamudin... Becok, Nakal dan Buas semua ada pada dia...

15/3/2009 kenduri kahwin di depan markaz. Pi tunjuk muka kat depa bergotong royong. Saja nak dengar2 apa yang depa dok sembang. Ramai UMNO rupanya. Ada sorang tu siap sound Abg Nor Ladang Rakyat sebab pakai baju BULAN. Hahaha lawak sungguh.

GotongRoyon kenduri kat sini dimonopoli oleh kaum ADAM.


Muslimat PAS Tumpat turut hadir di Majlis kenduri tersebut.

Tapi sebelum depa pi makan kenduri, depa buat program ziarah di sekitar Peti Undi Permatang Raja. Yang dok belah kiri sekali tu la isteri Tok Sidang.

Pada sebelah petang 15/3/09 ambo mewakili PAS Tumpat hadir mesyuarat JPN Kelantan di Taman Simpang Setia Kuala Sepetang. Macam orang buta tanpa tongkat ambo cari lokasi ni. Nasib baikla ambo terkelih kereta perdana YB Abe Ki. Sejam jugakla dok keliling 2 3 buah taman perumahan. Mesyuarat kul 5 abis kul 7. Waktu balik muslimat tepon depa tak masak kerana ada jemputan daripada hamba Allah di Kg Matang Aceh ajak makan malam bersama YAB IR Hj Mohd Nizar Jamaludin.

Gembira gak dapat bergambar dengan YAB Nizar ni....

16/3/09 Sebelah pagi keluar bersama YB Abg Ki membeli udang di jeti Sungai Che Rahmat. Abis RM 40. Bawa balik untuk muslimat masak. Sebelah petang plak membantu jentera UPU Permatang Raja memasang bendera di bilik gerakan dan sekitar jalan utama di Permatang Raja dan bersambung ke malam.

YB Abg Ki dan AbgNor Ladang Rakyat (menonggeng) sedang tawar menawar waktu nak beli udang.

Mat Din dan Tok Ngulu Pasir pekan, Sahardi sedang memasang bendera.

Abg Nuar (baju ijau) antara jentera tempatan yang sentiasa membantu kami.

Rasa bangga plak bila syiar parti Islam berkibar megah di ruang angkasa. Takbir.....