Memaparkan catatan dengan label Undangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Undangan. Papar semua catatan

Rabu, 12 November 2008

"KITA DAN AURAT (1)"

Sebuah Seloka: Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)"

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
*****a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.



Sekian Terima(lah) Kasih,

Oleh: Azhari(s)

Dihasilkan pada:
23 Julai 2002
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit

Tewasnya Pejuang Islam Siswa Kerana Couple

Rencana


Assalamualaikum dan salam mujahid...

Penghijrahan usia dari alam persekolahan ke alam siswa/siswi telah menampakkan seribu satu perubahan dalam diri seseorang yang pernah berjuang menegakkan dakwah Islam.Ada yang suatu ketika dahulu cukup hebat memperjuangkan dakwah Islam sehingga berjaya menegur orang lain menjadi baik namun apabila masuk alam siswa,tewas.

Jika dulu mereka menegur serta melarang ahli-ahli usrah daripada terjebak ke kancah couple namun apabila masuk alam siswa,mereka pula yang berdua-duaan.Ada yang kata kami cinta secara Islamik,ada yang kata cinta itu fitrah.Ya,cinta memang fitrah dan bukanlah salah kita bercinta namun kawal perasaan kita.Mengapa perlu katakan cinta kepada manusia namun dalam masa yang sama CINTA KEPADA ALLAH KIAN PUDAR?

Kita sering menasihati orang berbuat baik namun kita sendiri yang menjahanamkan seruan kita. Tidak hairan mengapa dewasa ini ramai aktivis sekular kian tidak gentar dengan aktivis Islam kerana mereka menganggap kita hipokrit.

Kelemahan jemaah hakikatnya berpunca daripada ahlinya. Kita mempunyai ilmu namun mengapa kita sembunyikan?Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan tindakan kita. Akhlak ahli jemaah jika dilihat sekarang sama sahaja seperti akhlak aktivis sekular.Adakah kita tidak sedar atau kita buat-buat buta?

Kita sering merasakan diri kita sudah sempurna sehingga setiap kesalahan orang kita nampak dengan jelas namun kesalahan diri sendiri tidak nampak.Pernah suatu hari saya menanyakan kepada seorang ahli jemaah melalui SMS."Adakah kamu tidak merasa cemburu melihat rakan-rakan mempunyai pasangan kekasih.Adakah kamu tidak merasa ingin melakukan apa yang orang lain lakukan walaupun salah?Jawapannya: "Adik,perasaan cemburu tengok kawan-kawan bercouple memang ada namun apa gunanya kita layan perasaan kita sedang disisi Allah kita dilaknat?Adakah kita mahu gadaikan maruah sebagai Muslim hanya kerana cinta murahan?Istiqamah adik.Cabaran besar pasti akan adik hadapi di alam siswa ini iaitu cabaran menahan diri dari zina hati.

Kira-kira sejam kemudian,beliau menghantar satu lagi SMS: "Jika di alam sekolah kita dibimbing oleh guru namun alam siswa kita sendiri perlu bimbing diri kita.Pilihlah jalan satu.Jangan menghina mereka yang terjebak dengan budaya couple namun tunjukkan tauladan buat mereka tetapi bukan ini bermakna kita menyokong mereka.Ingat,tiada istilah cinta sebelum kahwin.Berkawanlah dengan semua walaupun dengan Muslimat namun tundukkan pandangan dan jaga hati.Berhubung bila perlu.Allah bersama kamu".

Kata-kata ini hakikatnya menyedarkan kembali saya agar melupakan segala kenikmatan dunia yang haram itu. Dan inilah jawapan sebenar yang saya jumpa mengapa seorang pejuang dakwah siswa tewas.Jawapannya kerana cinta murahan.

Buat mereka yang mempunyai ilmu namun masih cuba menghalalkan apa yang haram,kembali muhasabah kita.Saya tujukan artikel ini buat diri saya juga. Sebarang ketidakpuas hatian kalian terhadap artikel ini bolehlah kalian komenkan kepada saya.Bukan niat untuk menyakitkan kalian dan tidak ada sama sekali kerana cemburu.Saya tulis kerana nasihat untuk kita bersama. Kembalilah pada Islam.Akhir kalam renung dalil di bawah:

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya" (al-Baqarah:42)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)

Ya Allah,jauhkan aku dari kehinaan ini.Jauhkan aku dari zina hati. Aku takut Ya Allah hidup di dalam cabaran ini namun apalah sangat cabaran ini berbanding dengan cabaran zaman Rasulullah dahulu...

Fahmi_alhamzah
http://suara-ummah.blogspot.com