Sabtu, 28 Februari 2009

Gelanggang Serbaguna DUN Pengkalan Kubor


Tarikh :
28 Februari 2009


Tempat :
Hadapan Kedai Kuzah Mini Market, KgTebing


Masa :
3:00 petang


Kehadiran :
YB Dato' Haji Kamarudin Jaafar &
YB Mohd Zaki Ibrahim


Majlis dimulakan dengan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Antara orangramai yang hadir ke majlis perasmian tersebut.

YB Dato' Kamarudin Jaafar & YB Mohd Zaki Ibrahim memotong reben sebagai simbolik perasmian Gelanggang Serbagunan DUN Pengkalan Kubor.

AJK MTD Pengkalan Kubor bergambar kenangan bersama tetamu VIP.

Almarhum Ustaz Wan Jamil Dalam Kenangan


Marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood. Sebagai seorang Islam kita terpaksa menerima ketentuan Ilahi. Qada' dan Qadar. Perancangan Allah SWT adalah melebihi segala-galanya. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Tetapi yang tumbuh belum tentu dapat kuat seperti yang patah dan yang diganti belum pasti akan subur tumbuhnya.

Ambo mengenali almarhum secara dekat setelah diamanahkan sebagai Penghulu Tanpa Mukim DUN Pengkalan Kubor pada tahun 2005. Pada masa yang sama juga beliau dilantik oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar menjadi Penyelia DUN Pengkalan Kubor menggantikan Ustaz Wan Husin Wan Ahmad (Calon PAS DUN Pengkalan Kubor 2004). Semenjak itu ambo sentiasa bersama almarhum menghadiri program parti atau mendepani masalah rakyat di DUN Pengkalan Kubor. Kewujudan jawatan Setiausaha Kerja DUN dan Penolong Setiausaha Majlis Tindakan DUN Pengkalan Kubor yang dibebankan dibahu ambo juga memberi peluang kepada ambo untuk mengenali almarhum dengan lebih dekat.

Walaupun pada awalnya ambo juga meragui keikhlasan almarhum kerana waktu itu ambo bekerja di dalam suasana yang membantah perlantikan almarhum dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Ambo juga hampir sama terjerumus. Namun nasihat daripada seorang veteran parti telah menemukan ambo dengan jawapan terhadap tohmahan dan fitnah tersebut.

Alhamdulillah ambo banyak belajar daripada perkenalan ini.

YAB TUAN GURU DATO' MB MENGIMAMI SOLAT JENAZAH YDP TUMPAT


Dari www.dppktumpat.blogspot.com

28 Feb 2009
: Pasir Pekan - "Setiap yang hidup pasti akan menemui mati"... YAB Tuan Guru Dato' MB ketika tiba di Perkarangan Masjid Pasir Pekan dalam rangka menziarahi jenazah Allahyarham Ust Hj Wan Mohd Jamil Wan Mahmood serta akan mengimami solat jenazah tersebut.

Kelihatan YAB Tok Guru amat sugul sekali dengan pemergian sahabat seperjuangan yang mana sejarah Allahyarham ketika PAS belum menjadi kerajaan, sanggup berkorban harta, jiwa dan raga dalam liku-liku perjuangan.

Jatuh bangun parti PAS ketika itu, dipikul bersama demi mempertahan kesucian perjuangan Islam dalam menegakkan syariat Allah dibumi Kelantan ini.

Marilah kita semua sama-sama mendoakan roh Allahyarham supaya Allah golongkan bersama golongan orang-orang soleh. Amin...

Ahad, 8 Februari 2009

Ustaz Hj Wan Mohd Jamil Wan Mahmood

Detik ini sudah hampir sebulan Ustaz Wan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Dan pagi ini (9/2/2009) ambo dimaklumkan oleh Setiausaha MTD Pengkalan Kubor keadaan beliau kritikal. Beliau meminta saya menghebahkan kepada Jawatankuasa MTD dan kenalan terdekat supaya membaca surah Yasin dan berdoa agar Ustaz Wan diberi kesejahteraan kesihatannya.

Ambo terdetik untuk menulis mengenai Ustaz Wan kerana ambo kagum dengan kejituan tekad dan kehebatan semangat beliau membangunkan PAS di Pengkalan Kubor khususnya. Selepas PAS kalah pada tahun 2004, beliau dilantik oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar menjadi Penyelia DUN Pengkalan Kubor pada tahun 2005. Dan semenjak itu juga ambo diamanahkan menjadi Setiausaha Kerja aka Penolong Setiausaha DUN sehingga sekarang ini.

Laluan awal beliau sebagai Penyelia DUN mendapat tentangan yang hebat tetapi ranap selepas masa beredar. Hidup bermasyarakat dengan budaya kedai kopi menyuburkan fitnah. Inilah juga rintangan utama yang beliau hadapi di awal menjadi Penyelia DUN Pengkalan Kubor.

Selepas masa berlalu, beliau membuktikan bahawa tohmahan yang tidak berasas itu umpama kemucup di padang. Beliau lebih mengutamakan kerja-kerja untuk berdampingan dengan akar umbi terutamanya golongan muda. Pelbagai program kepemudaan dilaksanakan atas anjuran beliau dan kebajikan rakyat marhaen turut dititik beratkan. Sepanjang tempoh bersama beliau, panas dan hujan direntasi bagi menyelesaikan masalah rakyat. Banjir diredah bagi menyampaikan bantuan. Beliau sendiri berperahu meredah arus banjir menemui rakyat dihadapan pintu rumah mereka bagi meninjau kesukaran serta memberi sokongan. Pelajar-pelajar cemerlang diberi galakan dengan pelbagai insentif atas usaha beliau.

Sepanjang 4 tahun ini PAS Pengkalan Kubor berubah warna. Satu cawangan baru PAS InsyaAllah akan tertubuh dalama masa terdekat ini. Seluruh 33 Cawangan PAS akan dipastikan bermesyuarat kesemuanya. Tidak seperti di awal tahun 2005. Golongan mudanya lebih mudah memahami dan mudah didekati. Mereka memahami erti perjuangan PAS dan lebih teliti sebelum menerima sesuatu isu.

Kini Ustaz terlantar di Wad. Kelibat beliau tidak kelihatan di Pengkalan Kubor. Namun kerja-kerja mengurus dan mentadbir Pejabat Penyelia DUN berlangsung dengan baik. Berkat kesabaran beliau selama 4 tahun memberi tunjuk ajar selok belok perjuangan PAS, hati kami diperingkat jawatankuasa MTD Pengkalan Kubor teguh bersatu.

Buat sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini marilah kita sama-sama membaca surah Yasin dan berdoa semoga Ustaz Wan diberi kesihatan yang berpanjangan kerana tunjuk ajar beliau masih diperlukan.

Amin Ya Rabil 'Alamin.

SELAMAT KEMBALI

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin

Syukur di atas hidayahnya menyedarkan diri ambo.

Pujian dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pemimpin ulung yang menjadi ikutan sepanjang zaman.

Awal tahun baru ini ambo tak post apa2 pun.... Bukan tak gembira dengan kedatang Muharram 1430H ataupun Januari 2009... Gembira cuma sekadar menyepi seketika.. Menyepi untuk menilik diri....

Kedatangan Januari 2009 dihitamkan dengan kejadian Pejabat DUN Pengkalan Kubor dicerobohi penyamun. Kejadian itu disedari ambo ketika nak berangkat ke Kuala Terengganu bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kawasan Tumpat yang ditugaskan di Peti Undi Pejabat Bandaran dalam DUN Bandar. Penyamun.. perompak.. penceroboh atau pencuri itu sempat melarikan 2 unit komputer riba, 2 buah kamera digital, 2 buah perakam video dan satu alat perakam suara. Kos yang ambo anggarkan dalam RM 10 Ribu. Musibah ini ambo telah laporkan kepada pihak berkuasa Polis pada hari yang sama. Tetapi sampai sekarang ini... tiada maklumat terbaru...

Ambo dok fikir sorang... Mungkin time tu polis sibuk dengan PRK Kuala Terengganu. Sibuk jaga jalan. Sibuk tunggu lampu isyarat. Sibuk berdrama di tempat ceramah. Sibuk jadi pengawal TPM Najib. Sibuk mundar mandir di Pantai Batu Buruk atau di Dataran Syahbandar. Serba serbi sibuk. Entahla.. Kena tambah elaun lagi kot...??

Walau bagaimanapun ambo nak ucapkan tahniah kepada calaon PAS YB HJ MAWE (Mohd Abdul Wahit Endut) kerana berjaya menewaskan calon UMNO yang diturunkan dari kayangan oleh Pak Lah dan Najib. Kemenangan ini cukup mengharukan....

Ambo bertolak balik dari Kuala Terengganu selepas seminggu berkampung di sana pada malam 17 Januari. Sebelum pulang ambo dan sahabat dari Tumpat sempat menyusuri jalan di Bandaraya Warisan Air dan entah apa2 tuh. Bunyi bising ekzos, hon, kereta. motorsikal, lori dan segala jenis bunyi membingit. Laungan takbir bersahut-sahutan. Kibaran hijau putih Sang PURNAMA menutupi neon di serata laluan. Yang paling menggembirakan ambo lagi ialah sepasang anak beranak di Kampung Cina. Si ibu (mungkin) memakai baju tanpa lengan dan berskirt paras paha serta berkuku panjang bersama anaknya (mungkin) turut bergembira dan bersorak mengibarkan bendera hijau putih.

Hilang penat lelah seharian dibawah terik mentari merayu undi di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Walaupun badan lenguh-lenguh dengan kekeringan kulit muka akibat panahan mentari kemenangan ini melangkaui semuanya. Alhamdulillah.... Tahniah sekali lagi rakyat KT yang sanggup untuk berubah.... Meninggalkan UMNO yang ELITIS dan angkuh.