Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2009

Kali Ke 3 Banjir Bersama Dato' KJ

Tempat : Kg Kajang Sebidang
Tarikh : 4 Disember 2009 (Jumaat)













Ahad, 14 Disember 2008

Majlis Agihan Bantuan Banjir YB Dato' Husam Musa

Kg Simpangan
10 Disember 2008
Jam 2:00 petang

Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Khas AP Tumpat En. Mohd Nawawi HJ Adam dan Pengarah Bantuan Banjir Pengkalan Kubor Hj Ropein Hasan.

YB Dato' mendengar taklimat dari wakil penduduk, Pakcik Mali berkaitan punca2 dan cara penyelesaian masalah banjir.

Mengulas taklimat yang diberikan dan memaklumkan tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri.

Antara orang ramai yang hadir.

Menyampaikan bantuan hamper kepada mangsa banjir.

Hj Ropein mewakili Penyelia DUN Pengkalan Kubor turut menyampaikan bantuan banjir kepada kaum Siam dari Kg Mentua.

Di majlis yang sama MTD Pengkalan Kubor meraikan wartawan Sinar Harian yang baru kembali bertugas selepas mendapat cahayamata yang pertama. Tahniah kepada Puan Rohana Ismail.

Ambo sedang mengikuti temubual wartawan Sinar Harian dengan sahabat ambo, Encik Rostam Che Mat.

Selasa, 9 Disember 2008

Banjir, Unit Amal & Nisa

Hujan yang lebat antara halangan utam tapi tidak melemahkan semangat pekerja bantuan ini.

Nisa di meja pendaftaran pusat pemindahan.

Muslimat sedang menyenaraikan barangan keperluan dapur.

Al-Amal, Al-Amal, Al-Amalulillah
Al-Amal, Al-Amal, Al-Amalulillah
Al-Amalulillahi Shia'runa
Al-Amalulillahi Shia'runa

PAS Kawasan Tumpat boleh berbangga dengan Unit Amal Dewan Pemudanya dan NISA Dewan Muslimatnya. Ambo berkata demikian kerana ambo perhatikan sepanjang banjir yang berlaku baru2 ini mereka ini kekal bersemangat dan saling membahu dalam membantu mereka yang memerlukan. Tenaga dan kelibat mereka dapat dilihat dilihat di mana2 sahaja. Lebih2 lagi di Pusat Pemindahan Banjir di SK Bunohan dan SK Pengkalan Kubor 2. Dapur pemindahan (kantin sekolah) telah menjadi pejabat mereka untuk bermesyuarat bagi menyenaraikan keperluan2 rohani dan jasmani penghuninya.

Bertungkus lumus di dapur menyediakan hidangan untuk mangsa2 banjir di pusat pemindahan.

Saling membahu menyediakan hamper kepada mangsa banjir yang terperangkap.

Di Pusat Khidmat Masyarakat Penyelia DUN Pengkalan Kubor, NISA ini bergilir shift dengan TENTERA HIJAU membungkus hamper untuk diagihkan. Sementara Unit Amalnya pula bertungkus lumus meredah air bah membantu Pejabat Khidmat Masyarakat Penyelia DUN Pengkalan Kubor mengagihkan hamper bantuan banjir. Walaupun didatangi halangan hujan lebat, mereka tetap istiqomah dan ikhlas membantu mereka yang memerlukan. Tahniah kepada sahabat ambo Al-Fadhil Hj Ropein Hassan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat yang berjaya menyalurkan semangat perjuangan kepada pemuda2 harapan negara ini.


Antara petugas yang paling muda.

Pelbagai suasana ketika mengagihkan hamper di beberapa lokasi di dalam DUN Pengkalan Kubor yang teruk dilanda banjir.

Kanak2 turut dihiburkan hati dengan gula2 dan snacks.

Penghulu Abe Mat dan enjin galahnya...

Pengangkutan baru.. Inisiatif Pakcik Mali Kereta Galo (Traktor) dalam cubaan pertama..

Berperahu dan mendayung....

Mengharungi air sambil memikul hamper.

Unit Amal Negeri Kelantan turut turun padang meninjau keadaan banjir.

BERAMAL KERANA ALLAH.
ALLAHU AKBAR

Ahad, 7 Disember 2008

Banjir 7/12/2008 Bendang Pak Yong


Ada orang kata tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Hampir seminggu berlalu ambo dan kawan-kawan sukarelawan mencuba untuk menjadi tangan yang di atas. Pelbagai aktiviti dibuat bagi membantu meringankan bebanan sahabat-sahabat yang ditimpa musibah ini.
Pada petang Ahad 07/12/2008 selepas menunaikan solat Zohor rombongan ambo mengangkut bungkusan -bungkusan makanan menuju ke Kg Bendang Pak Yong. Sesampai kami di Kg Pohon Nibung kelihatan Penghulu Abe Mat sedang menunggu bersama-sama dengan beberapa orang sahabat dari Kajang Sebidang di atas 2 traktor (pengangkutan musim bah). Tujuan utama kami hari ini ialah untuk mengagih hamper2 yang di bawa kepada penduduk di sekitar Bendang Pak Yong yang terputus hubungan.

Rostan mewakili Hj Wan Jamil Penyelia DUN Pengkalan Kubor menyampaikan sumbangan hamper.

Ambo bergambar di atas traktor ketika mengagihkan hamper.

Rombongan Abe Mat membelah air bah mengunjungi penduduk.

Ambo berposing di belakang lori sambil mengagihkan hamper... seronokla...

Ambo juga turut turun bermain air

Berhenti, berposing dan menunggu untuk menaiki bot enjin galah ke rumah Abe Mat untuk MANGAN...

Sudah di atas bot....

Acara tahunan yang di nanti-nanti Nasi, budu, ulam jering, telur dadar goreng dan main menu "Gulai keladi ikan sepat" (Masa taip ni pun air liur masih...)

Di atas lori selepas kekenyangan dan masa untuk pulang

Terserempak dengan Bekas Calon PR yang lalu sedang membasuh pagar Masjid Bendang Pak Yong dari kesan banjir

Ambo bergambar dengan sahabat dari Sarawak yang turut turun padang menjadi sukarelawan. Agi Idup Agi Ngelaban (Sori ambo pun tak tahu maksudnya)