Jumaat, 28 November 2008

Kuala Terengganu Akan Ada Pilihanraya Kecil


Ambo sampai Kuantan jam 9:15 malam selepas bertolak dari Kota Bharu jam 2:30 petang. Macam kedatangan ambo yang dulu2... Ambo dijemput oleh 3 orang anak buah ambo iaitu Afnan, Alifah dan Ariff Irfan bersama abah mereka. Sampai di rumah di Taman Semambu baru, ambo layan blog ambo ini dan tergerak untuk membaca blog YB Drs. Idham Lim (ADUN Titi Serong di Perak).

Tajuk mula-mula ambo baca ialah AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU MENINGGAL DUNIA. Pada sahabat yang ingin mendapat butirannya boleh melayari www.idhamlim.blogspot.com.

Entahlah ambo tak tahu kenapa timbul keriangan di hati mendengar berita ini... Mungkin ambo suka pilihanraya kecil. Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, calon PAS Hj Mohamad Bin Sabu (Abe Mat) kalah kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail. Siapa yang akan menjadi calon tidak penting... Yang penting ialah gerak kerja menghadapi pilihanraya kecil ini. Pada sahabat-sahabat ambo di Terengganu persiapkanlah diri untuk menghadapi PRK tersebut.

Satu ingatan daripada ambo ialah jangan mengukur kekuatan KITA berdasarkan ceramah umum. Semarakkan semangat jihad dan bersama kita merempuh benteng sekular yang InsyaAllah akan runtuh dengan berkat kerja keras dan pertolongan Allah swt.

Takbir...
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

Rabu, 26 November 2008

Tok Guru & Kelantan... Kelantan & Tok Guru

Kebelakangan ini banyak pihak terutamanya penyokong aliran sekular meminta Tok Guru Nik Aziz (TGNA) meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Laman-laman kritik di TKO dengan pelbagai tajuk merayu pengaruh pelayar TKO supaya terpengaruh dengan pujukan mereka meminta TGNA berundur. Ada yang pro dan ada yang kontra.. Biasalah rencah dunia. Surat yang indah khabar dari rupa juga memainkan kenyataan yang sama....

Sentiasa menjadi tumpuan rakyat

Pada ambo, seorang rakyat Negeri Kelantan yang menjejakkan kaki ke universiti ketika Kelantan mula diambil alih oleh Tok Guru merasa teramat keberatan untuk melepaskan Tok Guru dari jawatan tersebut. Ambo bukan sesapa pada TGNA malahan beliau tak kenal pun sapa ambo.

Sentiasa menganjurkan kepada rakyat supaya ikhlas menderma

Ambo minta TGN terus memegang teraju Kelantan bukannya kerana Kelantan tiada pemimpin pelapis yang berwibawa, bertanggungjawab, amanah dan ikhlas tetapi ambo merasakan Tok Guru dan Kelantan sudah sebati. Orang muda seperti ambo yang melihat segala perkembangan dan pembangunan fizikal dan rohani yang dizahirkan oleh TGNA amat senang dengan pentadbiran beliau.

Sentiasa dijemput menjadi khatib membaca khutbah setiap Jumaat

Umpama jawapan beliau apabila ditemubual oleh seorang blogger berkaitan cara beliau memerintah Kelantan. Beliau dengan bersahaja menjawab bahawa beliau diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan Negeri Kelantan dan bukannya memerintah. Dan Negeri Kelantan itu bermaksud rakyat Kelantan. Jawapan ini membawa pengertian yang amat besar pada ambo. Lebih penting lagi jawapan itu bukan hanya omongan kosong sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan siri kuliah yang beliau sendiri menjadi penceramahnya diserata ceruk Kelantan. Yang paling popular ialah di Dataran Ilmu di Jalan Dato' Pati setiap pagi Jumaat bermula jam 8:30 pagi. Ribuan rakyat Kelantan tak kira tua atau muda sanggup bersila di atas tar mendengar kuliah beliau yang bermula pukul 9:30 hingga 10:30 pagi. Modal insan sebegini menjadi asas utama pembangunan di Kelantan.

Kunjungan yang sentiasa ditunggu oleh semua lapisan rakyat

Ada juga yang meminta TGNA supaya bersara dan memberi tumpuan kepada dakwah sahaja. Permintaan ini pada ambo adalah satu bentuk kebodohan kerana sebagai Menteri Besar beliau mempunyai ruang yang paling luas untuk berdakwah. Segala bentuk media yang mewawancara atau bertanyakan tentang isu-isu terkini akan diulas oleh TGNA berlandaskan ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabi. Dakwah sebeginilah yang dapat membezakan pemikiran nasionalis yang pro sekular dengan pendekatan Islam. Dakwah sebeginilah yang menyebabkan ambo tetap menyokong TGNA kekal menjadi Menteri Besar Kelantan walaupun beliau sering uzur. Tafsiran beliau yang mudah difahami walaupun kerat diputar belitkan sentiasa ditunggu-tunggu oleh kami, generasi muda.

Sentiasa dihurungi oleh media bagi mendapatkan huraian terkini

Harapan ambo pada orang yang diluar Kelantan tu tak usahlah membandingkan pentadbiran TGNA dengan Tun DR Mahathir ataupun Pak Lah Badawi. TDM diminta turun oleh rakyat Malaysia selepas 22 tahun memerintah. Pak Lah pula ahli parti yang beliau pimpin meminta beliau berundur dari kerusi nombor satu itu. Tapi TGNA ambo percaya rakyat Kelantan masih memerlukan khidmat beliau. Dan kami akan sokmo-sokmo berada dibelakang kepimpinan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ini.


Takbir...
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Rabu, 19 November 2008

Congratulation To SKG's Teachers And Their 5A's Students

Bertempat di Restoran Terapung D'Tunas Pantai Sri Tujoh seramai 14 orang guru darjah 6 dan 16 orang pelajar yang mendapat 5A diraikan oleh Penghulu Mukim Geting dan jawatankuasanya. Ambo juga teramat bangga dengan pencapaian ini, walaupun tahun lepas ramai lagi (27orang medapat 5A).

Ambo turut menghadiri majlis penghargaan ini dan amat tersentuh dengan komitmen guru-guru SKG terutamanya Guru Besarnya yang bersungguh-sungguh merancang untuk memperolehi kecemerlangan ini.

Tahniah juga ambo ucapkan kepada anak-anak bangsa yang mendapat 5A ini kerana beroleh kejayaan yang cemerlang ini. Kejayaan mereka ini juga merupakan kejayaan masyarakat di Kampung Geting khususnya. Maklumlah ambo ni murid tua SKG (alumni la).

Terima kasih pada Ustaz Ropein Hassan yang sanggup hadir memberi motivasi kepada adik2ambi ini. Terima kasih juga kepada YB Dato' Kamarudin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat di atas sumbangan hamper yang diberikan. Juga tak lupa kepada Kak jamilah (pemilik restoran) di atas sumbangan jamuan tengahari (Semoga Allah memurahkan rezeki).

Membentuk Insan Yang Kamil

Kewujudan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menarik ibubapa untuk menghantar anak2 mereka untuk mendapat ilmu. Sempena Majlis Ihtifal atau Majlis Graduasi PASTI DUN Pengkalan Kubor baru2 ini yang bertempat di Perkarangan Dewan Penggawa Daerah Pengkalan Kubor di Chabang 3 Geting, ambo berkesempatan untuk melihat prestasi dan kemajuan anak-anak PASTI ini.

Walaupun dalam suasana hujan (musim tengkujuh) kehadiran ibubapa yang memenuhi khemah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan pembangunan PASTI di Pengkalan Kubor. Untuk makluman semua ada 7 buah PASTI di DUN Pengkalan Kubor iaitu :-
1- PASTI Nurulddin - Kg Ketil
2- PASTI Al-Iman - Kg Geting
3- PASTI Baitul Ulum - Kg Kedai Geting
4- PASTI Sri Tujuh - Kg Tujuh
5- PASTI Wihdatul Zahab - Kg Pak Kerau
6- PASTI Nurul Ain - Kg Kajang Sebidang
7- PASTI Al-Asmak - Kg Telaga Bata


Sepanjang Majlis Ihtifal yang dirasmikan oleh YB Mohd Zaki Ibrahim (Pengarah PASTI Negeri merangkap ADUN Kelaboran) berlangsung ambo dapat lihat penguasaan anak2 PASTI ini dalam beberapa perkara asasdi bidang agama. Persembahan yang dipertontonkan seperti Nasyid 99 nama Allah SWT(Asma UlHusna), hafalan surah2 lazim, doa2 harian, bacaan dalam solat, laungan azan dan lain2 amat lancar dan mereka petah menyebutnya.

Ucapan Aluan Oleh Penyelia PASTI Kaw. Tumpat, Ustaz Mat Daud Bin Awang

Cenderahati Untuk YB Pengarah PASTI Negeri Kelantan

Pembangunan rohani yang dilaksanakan diperingakat pra sekolah ini walaupun dalam jangka yang singkat iaitu setahun atau 2 tahun mampu untuk membentuk generasi kecil menjadi generasi yang berakhlak mulia. Tetapi apa yang mendukacitakan ambo ialah kesinambungan pengajaran yang diterapkan di PASTI ini tidak diteruskan di peringkat sekolah rendah atau kebangsaan.

Bukti-bukti mengenai kejayaan PASTI ini sudah teserlah. Dan berikut ambo tambah lagi dengan gambar-gambar yang sempat ambo klik semasa Majlis Ihtifal berlangsung.

Bakal Seoran Hafizan memperdengarkan Surah-Surah Lazim

Bakal Muazzim melaungkan Azan

Adik Manis Sedang Memperdengarkan Kisah Para Anbia

Bakal Perwira Negara Bersemangat mendeklamasikan Sajak

Ustaz In Da Making Sedang Membaca Doa Kesejahteraan

Para Penasyid Yang Berani Di Pentas Persembahan

Kegembiraan Setelah Bergelar Graduan PASTI

Wajah Seorang Graduan

Rabu, 12 November 2008

"KITA DAN AURAT (1)"

Sebuah Seloka: Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)"

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
*****a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.



Sekian Terima(lah) Kasih,

Oleh: Azhari(s)

Dihasilkan pada:
23 Julai 2002
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit

Tewasnya Pejuang Islam Siswa Kerana Couple

Rencana


Assalamualaikum dan salam mujahid...

Penghijrahan usia dari alam persekolahan ke alam siswa/siswi telah menampakkan seribu satu perubahan dalam diri seseorang yang pernah berjuang menegakkan dakwah Islam.Ada yang suatu ketika dahulu cukup hebat memperjuangkan dakwah Islam sehingga berjaya menegur orang lain menjadi baik namun apabila masuk alam siswa,tewas.

Jika dulu mereka menegur serta melarang ahli-ahli usrah daripada terjebak ke kancah couple namun apabila masuk alam siswa,mereka pula yang berdua-duaan.Ada yang kata kami cinta secara Islamik,ada yang kata cinta itu fitrah.Ya,cinta memang fitrah dan bukanlah salah kita bercinta namun kawal perasaan kita.Mengapa perlu katakan cinta kepada manusia namun dalam masa yang sama CINTA KEPADA ALLAH KIAN PUDAR?

Kita sering menasihati orang berbuat baik namun kita sendiri yang menjahanamkan seruan kita. Tidak hairan mengapa dewasa ini ramai aktivis sekular kian tidak gentar dengan aktivis Islam kerana mereka menganggap kita hipokrit.

Kelemahan jemaah hakikatnya berpunca daripada ahlinya. Kita mempunyai ilmu namun mengapa kita sembunyikan?Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan tindakan kita. Akhlak ahli jemaah jika dilihat sekarang sama sahaja seperti akhlak aktivis sekular.Adakah kita tidak sedar atau kita buat-buat buta?

Kita sering merasakan diri kita sudah sempurna sehingga setiap kesalahan orang kita nampak dengan jelas namun kesalahan diri sendiri tidak nampak.Pernah suatu hari saya menanyakan kepada seorang ahli jemaah melalui SMS."Adakah kamu tidak merasa cemburu melihat rakan-rakan mempunyai pasangan kekasih.Adakah kamu tidak merasa ingin melakukan apa yang orang lain lakukan walaupun salah?Jawapannya: "Adik,perasaan cemburu tengok kawan-kawan bercouple memang ada namun apa gunanya kita layan perasaan kita sedang disisi Allah kita dilaknat?Adakah kita mahu gadaikan maruah sebagai Muslim hanya kerana cinta murahan?Istiqamah adik.Cabaran besar pasti akan adik hadapi di alam siswa ini iaitu cabaran menahan diri dari zina hati.

Kira-kira sejam kemudian,beliau menghantar satu lagi SMS: "Jika di alam sekolah kita dibimbing oleh guru namun alam siswa kita sendiri perlu bimbing diri kita.Pilihlah jalan satu.Jangan menghina mereka yang terjebak dengan budaya couple namun tunjukkan tauladan buat mereka tetapi bukan ini bermakna kita menyokong mereka.Ingat,tiada istilah cinta sebelum kahwin.Berkawanlah dengan semua walaupun dengan Muslimat namun tundukkan pandangan dan jaga hati.Berhubung bila perlu.Allah bersama kamu".

Kata-kata ini hakikatnya menyedarkan kembali saya agar melupakan segala kenikmatan dunia yang haram itu. Dan inilah jawapan sebenar yang saya jumpa mengapa seorang pejuang dakwah siswa tewas.Jawapannya kerana cinta murahan.

Buat mereka yang mempunyai ilmu namun masih cuba menghalalkan apa yang haram,kembali muhasabah kita.Saya tujukan artikel ini buat diri saya juga. Sebarang ketidakpuas hatian kalian terhadap artikel ini bolehlah kalian komenkan kepada saya.Bukan niat untuk menyakitkan kalian dan tidak ada sama sekali kerana cemburu.Saya tulis kerana nasihat untuk kita bersama. Kembalilah pada Islam.Akhir kalam renung dalil di bawah:

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya" (al-Baqarah:42)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah:216)

Ya Allah,jauhkan aku dari kehinaan ini.Jauhkan aku dari zina hati. Aku takut Ya Allah hidup di dalam cabaran ini namun apalah sangat cabaran ini berbanding dengan cabaran zaman Rasulullah dahulu...

Fahmi_alhamzah
http://suara-ummah.blogspot.com

Selasa, 11 November 2008

Pantai GetingKu Di Suatu Masa....

Ambo ni suka menengung (termenung) di tepi pantai. Al-maklum kampung ambo yang permai itu terletak berhampiran pantai. Antara yang sohow (masyhur) di Pantai Geting ialah tempat buat ikan kering. Berjalan-jalan ditepi pantai berseorangan (orang kata jiwang...ah biarkanlah) membuat hati ambo tenang. Tengok ombak menghempas pantai... memberi ambo ilham untuk lebih kreatif dalam hidup (in a good way).

Pantai tempat ambo berjalan ini, suatu ketika pernah dirompak pasirnya oleh kontraktor yang tamak. Mereka mengangkut pasir dari pantai dengan mengorek pasir di gigi air bagi menambun projek membina sekolah ditempat yang berdekatan. Mereka menggunakan kuasa yang ada di tangan mereka untuk menghalalkan kegiatan yang menjejaskan alam sekitar.

Ambo rasa sedih sebab disebalik pelbagai akta yang dibuat oleh kerajaan untuk menjaga alam sekitar, kegiatan yang rendah moral ini hanya dibutakan mata saja oleh penguasa. Adakah disebabkan pemaju itu kroni pemerintah maka kejahatan ini disorok di bawah karpet. Sedih sungguh... Pantaiku yang landai itu telah dinodai...

Thanx to Abe Ki (YB Zaki-ADUN Kelaboran) yang sanggup bersama rakyat berdepan dengan polis ketika bantahan dibuat. Tabik spring untuk beliau. A very brave leader. Hero in the making. Nak dibanding dengan mereka yang menjaga ketuanan melayu... very da hipokrit. Dalam media cakap lain... pakai songkok, tapi kat luar... baling batu sembunyi tangan..... Yang menjadi mangsa adalah alam sekitar dan generasi akan datang... Inilah di antara harga yang perlu dibayar selepas mengangkat seorang pemimpin yang tamak dan tidak amanah.

Sabtu, 8 November 2008

Berkawan & Berbuat Baik Tidak Mengenal Sempadan

Berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” (QS. Al-Qasas: 77).

Tanpa disedari, sebahagian orang kadangkala terjebak dalam menetapkan syarat yang berlebihan untuk bergaul dengan orang yang lain. Sebahagian orang kaya meletakkan syarat orang kaya juga untuk dijadikan kawannya, orang berpangkat meletakkan syarat orang berpangkat untuk dikenali dan sebagainya.

Padahal meletakkan syarat seperti itu boleh menutup ruang dan peluang seseorang dari memperoleh teman yang banyak, kerana hanya sedikit orang yang memenuhi persyaratannya. Lebih malang lagi, syarat itu boleh menutup peluang untuk berdakwah kepada lebih ramai orang.

Kalau kita meninjau sejarah silam , Rasulullah SAW tidak menetapkan syarat untuk bersahabat. Ada sahabatnya dari kalangan orang kulit hitam, ada juga dari Bangsa Arab, Bangsa Persia, dan lain-lain. Ada juga yang dari kalangan orang kaya, dari kalangan fakir miskin, dan lain-lain. Bahkan, Rasulullah bergaul dengan orang-orang di luar agamanya. Strategi bergaul seperti itu memberikan kesempatan bagi Rasul untuk berdakwah secara lebih luas dan berkesan.

Orang-orang yang sebelumnya menentang ajaran yang dibawanya, seperti Umar, menjadi menghormati dan bahkan memeluk Islam, dan menjadi sahabat karibnya. Dalam Al-Qur‘an juga dikatakan, Allah berbuat baik kepada semua manusia, tanpa syarat warna kulit, suku bangsa, dan sebagainya.

Rezeki diberikan kepada siapa saja yang mahu mengusahakannya. Sepatutnya orang yang beriman sahaja diberikan kekayaan didunia ini, sebaliknya orang yang kufur tidak layak mengecapinya . Namun sifat Rahman Allah meliputi semua makhluknya tidak kira manusia ataupun jin , tumbuhan melata , gunung ganang dan sebagainya.

Seperti itulah manusia diharapkan berbuat baik dan berkawan serta bersahabat tidak mengira siapa saja. mengenali orang iskin memperbanyakkan ibadah dengan bersedakah dan menderma, Kalau tidak, hilanglah kasih sayang antara sesama manusia. diskriminasi, kronisme kesannya hanya membawa kerusakan dan perpecahan ummah. Dengan itu kelemahan umat Islam itu sendiri memberi kesan yang negetif kepada dirinya sendiri.