Rabu, 5 November 2008

Catatan Sukarelawan Musim Bah


Well my dear friends, langit mendung sokmo dalam dua tiga hari ini... Semasa sedang upload gambar2 untuk artikel MEMORI DAUN PISANG....., ambo terlihat gambar2 sahabat ambo yang menjadi sukarelawan semasa banjir tahun lepas. Ambo tabik spring untuk mereka kerana sanggup berkorban menyambut Hari Raya Korban bersama-sama mangsa banjir.

Banyak perkara yang berlaku semasa banjir... Komitmen anak muda untuk sama membantu harus dipuji. Teladan yang ditunjukkan oleh pimpinan dijiwai oleh mereka. Bermula dari persiapan menyediakan barangan keperluan sehinggalah turun menyampaikan bantuan, anak-anak muda ini terus bersama. Begitu juga Nisa dan Muslimat. Komitmen inilah yang bakal menjayakan Negeri Berkebajikan (penuh bersemangat ambo rasa).

Banjir tahun lepas (2007) adalah yang terburuk yang pernah ambo alami sendiri. Tahun 2005 pun dah teruk, tapi ambo tidak merasai sebab ambo berada di KL (anak sedara ambo (NOR ALIFAH KAMELIA) di 'operate' kat IJN - jantung berlubang, tapi sekarang dah ok).

Banjir pada 2007 menyebabkan penduduk mengambil inisiatif menggali jalan yang dibina bagi memudahkan air bah turun ke sungai dengan cepat. Jalan Kasban tepi Sungai Golok ini juga melambatkan aliran air ke sungai kerana benteng yang tinggi serta pintu air ke sungai yang sedikit.

So hampir 2 minggu bah yang melanda sekitar DUN Pengkalan Kubor pada 2007 ambo turut merasakan suasananya. Yang bestnya pekerja2 sukarela ini cukup popular dengan nama tentera hijau (PAS Tumpat bagi baju hijau).

Semua kerja-kerja membantu serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir samada di Pusat Pemindahan dan di kampung-kampung yang ditenggelami air dilakukan oleh mereka. Mereka bergerak bersama-sama dengan Penyelia DUN Pengkalan Kubor Hj Wan Jamil.

Antara yang terawal bersama pemuda-pemuda ini ialah Ustaz Ropein. Beliau sampai satu tahap bercawat kote merendah banjir... Berjiwa rakyat sungguh.Terima kasih kepada Ustaz Hj Wan Mohd Jamil diatas keprihatinan dan komitmen beliau untuk membantu dengan menyediakan barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Beliau sanggup meredah banjir dengan menaiki bot berenjin galah melawat rumah-rumah mangsa banjir di DUN Pengkalan Kubor. Dari Kg Simpangan, Julok, Naga Ibu, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong, Kajang Sebidang, Telok Jering serta pusat-pusat pemindahan semuanya beliau lawati.

Begitu juga kepada YB Dato' Kamarudin yang turun berperahu ke Kg Kubang Sawa bersama Tentera Hijau. Semangat dan kesungguhan kedua-dua pemimpin ini sememangnya harus dipuji.

Turut turun padang ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mesra dengan nama Ustaz Mad ( YB Dato' Hj Ahmad Bin Yakob). Beliau melawat mangsa-mangsa banjir di SK Bunohan.

Ambo juga amat-amat berterima kasih kepada YAB Tuan Guru Menteri Besar kerana turun sendiri melihat rakyatnya yang ditimpa musibah. Beliau turun ke pusat pemindahan banjir di SMK Chabang Empat, SK Bunohan dan SK Pengkalan Kubor. Beliau juga meredah arus air bah ke Kg Kajang Sebidang dan berwudhuk dengan air sungai untuk menunaikan solat Asar di Cherang Melintang.

Tidak dilupakan juga Unit Amal yang datang dari Tanah Merah yang saling bahu membahu dengan kami membersihkan pusat pemindahan dan menolong menghantar pulang mangsa banjir ke rumah mereka. Semoga Allah membalasnya dengan melimpahkan rahmat kepada mereka.Pengalaman ambo bersama-sama mereka ini merupakan sesuatu yang sukar dilupakan dan sukar juga untuk ditemui insan seperti mereka. Wallahua'lam.

Tiada ulasan: