Selasa, 11 Ogos 2009

HaK Ore Kelate Tuntut Royalti






Salam buat semua pembaca...



Pujian dan syukur pada Yang Esa di atas kesihatan yang dikurniakan dan juga kekuatan yang diberi kepada ambo untuk meredah gelora dilaut bersama2 para sahabat yang lain. Walaupun posting ini agak lewat tapi ambo tetap berterima kasih kepada penganjur di atas peluang yang diberikan.

Sesungguhnya pengalaman hampir 30 jam di laut di atas bot nelayan merupakan satu pengalaman yang amat sukar diperolehi di mana-mana. Walaupun perit dilambung ombak tetapi ia tetap manis untuk dikenang. Pengalaman yang datang sekali sahaja seumur hidup ini... Agaknyalah...

Tanggal 4 Ogos 2009 sehari selepas ambo pulang dari Himpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur, ambo telah bersedia untuk melakukan satu lagi kerja2 moral bagi menjayakan tuntuntan royalti dari Petronas yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebagai rakyat Kelantan Darulnaim, panggilan ini sepatutnya disahut oleh semua rakyat yang mengaku dirinya anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, berdarah Tok Janggut, berpendidikan pondok, Azhar mahupun Cambridge. Semua rakyat Kelantan mesti berada dibelakang Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi sokongan agar tuntutan ini menjadi realiti.

Tahnian dan syabas kepada penganjur dan wartawan2 serta bloggers kerana berani menyahut seruan menyatakan yang Hak ini.

Ambo tak sey (tak mahu) tulis panjang2.. Tapi biarlah gambar yang ambo snap ini menceritakan pengalaman itu.....

Rabu, 5 Ogos 2009

Misi Royalti Milik Rakyat Kelantan


TUMPAT, 5 Ogos (Hrkh) - Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini.

Manakala rombongan anggota Exco, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat.

Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Biar pun mereka nampak kepenatan, namun wajah setiap peserta ekspedisi kelihatan ceria apabila melihat Menteri Besar menyambut kepulangan mereka di jeti.

Kumpulan dua bot itu berlepas kira-kira jam 10.05 pagi semalam di jeti Pengkalan Kubur.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari.

Image "Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka.

"Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.

Beliau berkata, biar pun perkara itu cuba dinafikan pihak lain rakyat Kelantan tetap yakin ia menjadi hak mereka. - mj _