Memaparkan catatan dengan label Gotong Royong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gotong Royong. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Oktober 2008

JUmAaT 24 Syawal 1429H Episode 1


Assalamualaikum wbt.. Hai.. Hello.. Salam.. Ari ni ari Jumaat, ambo ada beberapa agenda ari ni. Belah pagi ada gotong royong bina pagar kubur... Ambo gi tengok jadi tok mandur... Ramai juga yang keluar bergotong royong ni.... Meriah sungguh. Ada orang muda, orang tua, belia, remaja.. warga emas pun ada... Nilah yang dikatakan tidak kedekut keringat... Yang berat sama dipikul dan yang ringan ambo kilik... tak la yang ringan sama dijinjing.


Yang panjat memanjat pun ada...

Tok Imam kampung ambo sedang memotong dahan pokok yg sudah ditebang.
Maaf la... Ambo jadi paparazzi.... Sebab tu tak nampak ambo masa dok bergotong royong tuh... Bukan curi tulang deh... Tapi... jadi tukang ambik gambar...

Selasa, 21 Oktober 2008

Third Week Of October 2008

Minggu ketiga bulan Oktober ni bos ambo masuk wad di HUSM. Ambo tak sempat nak pergi ziarah lagi. Kerja-kerja kat opis tak banyak dan gotong royong bina pagar kubur Kg Geting Tengah pun dah bermula.

Suatu yang unik pasal gotong royong ni ialah ianya dibuat di waktu malam. Cuba bayangkan kerja membina pagar kubur dibuat di waktu malam... Tak percaya? Nanti ambo gi klik2 time diorang bekerja. Ambo dah gi dah tempat diorang kerja dan dah klik2 dah tapi tak berapa clear gambarnya.