Selasa, 28 Oktober 2008

Selamat Hari Raya Parlimen Tumpat

Malas nak tulis panjang-panjang... Sebab tulisan ambo bulan ni banyak berkait dengan majlis Hari Raya, open house dll yang seangkatan dengannya.

Tengok gambar sudahlah.. penat tak ilang lg.... Tok Guru pun hadir..

Belia Pengkalan Kubor menyediakan minuman.Belia Kelaboran dan Pasir Pekan sebagai bentara makanan. Belia Wakaf Bharu sebagai bentara air.

Muslimat dan Nisa pencedok lauk.

Dato' Hj Kamarudin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat dan Datin Siti Zubaidah isteri Timbalan Menteri Besar Kelantan sedang mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak.

Isnin, 27 Oktober 2008

SAMA GAGAH & Bumbung Rumah TOK GURU The Sequal

Rombongan dari Sama Gagah seramai 120 orang dengan 3 buah bas tiba di JKR 10 jam 1 petang. Ambo kenal beberapa orang je. Kitorang bersalam-salaman bertanya khabar dan ada yang berpeluk-pelukan.. Hehe dah baru sebulan lebih tak jumpa. Yang ambo kenal ialah Jamil. Pak Yob, Pak Zainol, Ustaz Abu, Fauzi, Ustaz Harun dan kebanyakan yang lain cuma kenal muka tapi tak tau nama. Maaf yer.

Mereka disambut oleh Urusetia Penerangan Negeri Kelantan dan dijamu makan tengahari disitu. Ambo dan 3 lagi kawan-kawan dari Tumpat akan membawa mereka membeli belah di Pasar Siti Khadijah dan melawat masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Mereka juga berhasrat untuk melihat bumbung rumah Tok Guru. Hehe.. Bumbung Rumah Tok Guru.. Macam-macam...

Selesai mendapat taklimat dari Encik Jamal 2 buah bas akan ke Pasar Siti Khdijah dan sebuah bas lagi akan menunggu rombongan yang akan mengikuti Sidang DUN Kelantan yang masih berlangsung.

Sampai di Pasar Siti Khadijah, kitaorang pun lepaskan rombongan tersebut untuk membeli belah. Ambo berehat di kerusi yang disediakan dekat tangga. Tunggu punya tunggu tengok jam dah kul 3 petang. Ambo gi solat zohor. Lepas solat zohor ambo tak tahu nak buat apa. Inilah lawatan paling lama di pasar Siti Khadijah ni.

Jenuh menunggu. Sabar. Pukul 4 tak turun2 lg. Ambo kembali ke tempat parking bas di depan Istana Balai Besar. Masuk solat Asar ambo gi solat di Masjid Muhammadi. Balik solat kul 5 ambo masih menunggu... Wah lamanya..... Ambo terbayang bagaimanalah kerja sebagai pemandu pelancong ni ek????

Pukul 5:30 petang baru kitorang bertolak ke Pulau Melaka. Misi utama ke Pulau Melaka ni ialah nak tengok rumah Tok Guru sebab kitorang tak buat appointment nak jumpa Tok Guru. Depa kata dapat tengok bumbung rumah Tok Guru pun jadilah... boleh buat cerita kat orang kampung di Sama Gagah.


Disebabkan untuk menggembirakan tetamu dari Pulau Pinang ini, ambo bersetuju untuk bersolat Maghrib di Masjid Tok Guru di Darul Anwar Pulau Melaka. Rupanya dari nak melihat bumbung rumah Tok Guru, mereka dapat berjumpa dan bersalaman dengan Tok Guru. Tok Guru jadi imam solat Maghrib.... Gembiranya hati ambo kerana dapat menggembirakan teman2 dari Pulau Pinang ini.

Lepas Solat Maghrib, bersalam dengan Tok Guru kami bertolak ke Pantai Sri Tujoh di Tumpat untuk menikmati makan malam yang disediakan oleh PASTI Negeri Kelantan dan menginap di Chalet Pantai Sri Tujoh sumbangan PAS Kawasan Tumpat. Cukup sehari ambo jadi Tourist Guide... Penat weh....

SAMA GAGAH & Bumbung Rumah TOK GURU

Mesti korang tertanya-tanya apa ada pada SAMA GAGAH. Kenapa dengan tajuk catatan ambo kali ini... Hehe... SAMA GAGAH.
Sama Gagah ni adalah sebuah mukim di dalam DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh. Habaq pasai Permatang pauh ni mesti hangpa maklum no.. Cakap utara sat.

Encik Jamal S/U Kawasan Tumpat suruh ambo pi sambut rombongan dari Mukim Sama Gagah di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada tengahari Ahad. Ambo dimaklumkan oleh Encik Jamal 3 buah bas akan sampai ke JKR 10 pada pukul 12 tengahari dan ambo ditugaskan untuk menyambut dan membawa mereka pusing2. Ambo ada tanya nak bawa demo ni ke mana... Dia sebut Pasar Siti Khadijah dan Pulau Melaka.

Pulau Melaka... Buat apa kat Pulau Melaka. Kita tunggu dan lihat.


Well masa nak memasuki JKR 10 tu ambo perati banyak kenderaan di parking di bahu jalan nak masuk ke Kota Darulnaim. Rupanya ada majlis Hari Raya di Kota Darulnaim. Jamil kawan ambo yang juga ketua rombongan tersebut telefon dan maklum ko ambo yang bas diorang jammed dekat Balai Islam Lundang. So ambo ambil kesempatan untuk meninjau majlis Hari Raya di Kota Darulnaim. Jom ambo bawak gi tinjau....

Ni gerai kawan-kawan ambo dari Urusetia Pembangunan Belia dengan gerai pelbagai colek buah atau rojak buah.....


Jumaat, 24 Oktober 2008

JUmAaT 24 Syawal 1429H The Finale

Haha..... Kenyang perut ambo ari ni.. Lepas Asar Ketua Nisa telefon suruh pergi ambil gambar di majlis Hari Raya Nisa. Dengar-dengar kabar ada mee kari.... Jom kita lihat apa yang ada... jom.

Majlis dimulai dengan membuka tudung periuk. Tudung periuk aka puyuk ni tak pandai menari macam cerita orang minyak Allahyarham Tan Sri P Ramlee tu. Tudung puyuk ni cuma pandai menutup puyuk jer....

Eh eh sapa ni...?