Isnin, 27 Oktober 2008

SAMA GAGAH & Bumbung Rumah TOK GURU

Mesti korang tertanya-tanya apa ada pada SAMA GAGAH. Kenapa dengan tajuk catatan ambo kali ini... Hehe... SAMA GAGAH.
Sama Gagah ni adalah sebuah mukim di dalam DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh. Habaq pasai Permatang pauh ni mesti hangpa maklum no.. Cakap utara sat.

Encik Jamal S/U Kawasan Tumpat suruh ambo pi sambut rombongan dari Mukim Sama Gagah di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada tengahari Ahad. Ambo dimaklumkan oleh Encik Jamal 3 buah bas akan sampai ke JKR 10 pada pukul 12 tengahari dan ambo ditugaskan untuk menyambut dan membawa mereka pusing2. Ambo ada tanya nak bawa demo ni ke mana... Dia sebut Pasar Siti Khadijah dan Pulau Melaka.

Pulau Melaka... Buat apa kat Pulau Melaka. Kita tunggu dan lihat.


Well masa nak memasuki JKR 10 tu ambo perati banyak kenderaan di parking di bahu jalan nak masuk ke Kota Darulnaim. Rupanya ada majlis Hari Raya di Kota Darulnaim. Jamil kawan ambo yang juga ketua rombongan tersebut telefon dan maklum ko ambo yang bas diorang jammed dekat Balai Islam Lundang. So ambo ambil kesempatan untuk meninjau majlis Hari Raya di Kota Darulnaim. Jom ambo bawak gi tinjau....

Ni gerai kawan-kawan ambo dari Urusetia Pembangunan Belia dengan gerai pelbagai colek buah atau rojak buah.....


Tiada ulasan: