Selasa, 11 Ogos 2009

HaK Ore Kelate Tuntut Royalti






Salam buat semua pembaca...



Pujian dan syukur pada Yang Esa di atas kesihatan yang dikurniakan dan juga kekuatan yang diberi kepada ambo untuk meredah gelora dilaut bersama2 para sahabat yang lain. Walaupun posting ini agak lewat tapi ambo tetap berterima kasih kepada penganjur di atas peluang yang diberikan.

Sesungguhnya pengalaman hampir 30 jam di laut di atas bot nelayan merupakan satu pengalaman yang amat sukar diperolehi di mana-mana. Walaupun perit dilambung ombak tetapi ia tetap manis untuk dikenang. Pengalaman yang datang sekali sahaja seumur hidup ini... Agaknyalah...

Tanggal 4 Ogos 2009 sehari selepas ambo pulang dari Himpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur, ambo telah bersedia untuk melakukan satu lagi kerja2 moral bagi menjayakan tuntuntan royalti dari Petronas yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebagai rakyat Kelantan Darulnaim, panggilan ini sepatutnya disahut oleh semua rakyat yang mengaku dirinya anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, berdarah Tok Janggut, berpendidikan pondok, Azhar mahupun Cambridge. Semua rakyat Kelantan mesti berada dibelakang Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi sokongan agar tuntutan ini menjadi realiti.

Tahnian dan syabas kepada penganjur dan wartawan2 serta bloggers kerana berani menyahut seruan menyatakan yang Hak ini.

Ambo tak sey (tak mahu) tulis panjang2.. Tapi biarlah gambar yang ambo snap ini menceritakan pengalaman itu.....

1 ulasan:

sketsa sebuah perjuangan berkata...

jo ucapkan thnia juga kepada mereka yang sanggup hidup d tengah samudera yg luas tanpa sempat pergi shopping2.. hahaha semata mata nak tuntut keadilan.

Kalu lah dapat 1 billio tu, (insyaALlah) jo na mintak rm2000 nak beli satu laptop for my studies, hi hi hi kan abe le..

tahniah abe le for da great expdc. rindu nak balik kg. jo tengaok doh gmbar2 dalam perisik rakyat, puas hati!