Ahad, 7 Disember 2008

Banjir 7/12/2008 Bendang Pak Yong


Ada orang kata tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Hampir seminggu berlalu ambo dan kawan-kawan sukarelawan mencuba untuk menjadi tangan yang di atas. Pelbagai aktiviti dibuat bagi membantu meringankan bebanan sahabat-sahabat yang ditimpa musibah ini.
Pada petang Ahad 07/12/2008 selepas menunaikan solat Zohor rombongan ambo mengangkut bungkusan -bungkusan makanan menuju ke Kg Bendang Pak Yong. Sesampai kami di Kg Pohon Nibung kelihatan Penghulu Abe Mat sedang menunggu bersama-sama dengan beberapa orang sahabat dari Kajang Sebidang di atas 2 traktor (pengangkutan musim bah). Tujuan utama kami hari ini ialah untuk mengagih hamper2 yang di bawa kepada penduduk di sekitar Bendang Pak Yong yang terputus hubungan.

Rostan mewakili Hj Wan Jamil Penyelia DUN Pengkalan Kubor menyampaikan sumbangan hamper.

Ambo bergambar di atas traktor ketika mengagihkan hamper.

Rombongan Abe Mat membelah air bah mengunjungi penduduk.

Ambo berposing di belakang lori sambil mengagihkan hamper... seronokla...

Ambo juga turut turun bermain air

Berhenti, berposing dan menunggu untuk menaiki bot enjin galah ke rumah Abe Mat untuk MANGAN...

Sudah di atas bot....

Acara tahunan yang di nanti-nanti Nasi, budu, ulam jering, telur dadar goreng dan main menu "Gulai keladi ikan sepat" (Masa taip ni pun air liur masih...)

Di atas lori selepas kekenyangan dan masa untuk pulang

Terserempak dengan Bekas Calon PR yang lalu sedang membasuh pagar Masjid Bendang Pak Yong dari kesan banjir

Ambo bergambar dengan sahabat dari Sarawak yang turut turun padang menjadi sukarelawan. Agi Idup Agi Ngelaban (Sori ambo pun tak tahu maksudnya)

Tiada ulasan: