Sebagaimana yang diramalkan oleh peramal dan yang telah ditetapkan oleh Ilahi di dalam loh mahfuzNya, sekali lagi kita diuji oleh Allah SWT dengan musibah banjir. Sebagai seorang sukarelawan ambo dan sahabat seperjuangan menerima ketibaan musibah ini dengan sedikit persediaan. Bukan untuk melawan kuasaNya tetapi sekadar berusaha untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir.
Ambo mendapat khabar dari petugas terdapat juga mereka yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan jangka pendek. Maksud ambo mereka ini mendaftar di pusat pemindahan untuk mendapat saguhati RM 500.00 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir. Hinggakan ada yang sanggup meninggalkan anak-anak di rumah dan mereka suami isteri datang mendaftar di pusat perpindahan.
Ambo juga berkesempatan menjenguk sukarelawan2 di pusat pemindahan. di SK Bunohan adik2 Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan tumpat saling membahu dengan Muslimat serta Nisa Pengkalan Kubor memenuhi keperluan perut mangsa banjir. Tahniah di atas semangat sukarelawan yang ditunjukkan. Inilah anatar modal insan yang berjaya dihasilkan hasil didikan jemaah Islam PAS.... Bekerja kerana Allah tanpa mengharapkan imbuhan. Semoga Allah membalas kebaikan ini dengan melimpahkan mereka keberkatan di dunia dan akhirat.
Musibah ini juga mengakibatkan banyak hakisan kepada jalan2 kampung. Air yang deras membawa bersama pasir daan menghakis jalan tar sehingga menyebabkan lubang yang besar. Ini satu lagi bentuk dugaan yang ditimpa kepada rakyat dan pimpinan dan harus ditempuh bagi mengurangkan kesusahan rakyat.
Jalan yang hampir runtuh di Lorong Tuan Guru Hj Daud Kg Tebing mendapat perhatian Pegawai Khas Ahli Parlimen Tumpat

Laluan tepi sungai di Telaga Lanas berhampiran Pengkalan Paku Acak juga mengalami hakisan yang serius.
Harapan ambo supaya kita semua bersabar menghadapi dugaan ini dan redha dengan ketentuan ini. Hadapilah permasalah ini dengan penuh hikmah kerana mereka yang malang ini memerlukan khidmat anda. Berkhidmat kerana Allah demi Islam.
Harapan ambo supaya kita semua bersabar menghadapi dugaan ini dan redha dengan ketentuan ini. Hadapilah permasalah ini dengan penuh hikmah kerana mereka yang malang ini memerlukan khidmat anda. Berkhidmat kerana Allah demi Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan