Selasa, 9 Disember 2008

Banjir, Unit Amal & Nisa

Hujan yang lebat antara halangan utam tapi tidak melemahkan semangat pekerja bantuan ini.

Nisa di meja pendaftaran pusat pemindahan.

Muslimat sedang menyenaraikan barangan keperluan dapur.

Al-Amal, Al-Amal, Al-Amalulillah
Al-Amal, Al-Amal, Al-Amalulillah
Al-Amalulillahi Shia'runa
Al-Amalulillahi Shia'runa

PAS Kawasan Tumpat boleh berbangga dengan Unit Amal Dewan Pemudanya dan NISA Dewan Muslimatnya. Ambo berkata demikian kerana ambo perhatikan sepanjang banjir yang berlaku baru2 ini mereka ini kekal bersemangat dan saling membahu dalam membantu mereka yang memerlukan. Tenaga dan kelibat mereka dapat dilihat dilihat di mana2 sahaja. Lebih2 lagi di Pusat Pemindahan Banjir di SK Bunohan dan SK Pengkalan Kubor 2. Dapur pemindahan (kantin sekolah) telah menjadi pejabat mereka untuk bermesyuarat bagi menyenaraikan keperluan2 rohani dan jasmani penghuninya.

Bertungkus lumus di dapur menyediakan hidangan untuk mangsa2 banjir di pusat pemindahan.

Saling membahu menyediakan hamper kepada mangsa banjir yang terperangkap.

Di Pusat Khidmat Masyarakat Penyelia DUN Pengkalan Kubor, NISA ini bergilir shift dengan TENTERA HIJAU membungkus hamper untuk diagihkan. Sementara Unit Amalnya pula bertungkus lumus meredah air bah membantu Pejabat Khidmat Masyarakat Penyelia DUN Pengkalan Kubor mengagihkan hamper bantuan banjir. Walaupun didatangi halangan hujan lebat, mereka tetap istiqomah dan ikhlas membantu mereka yang memerlukan. Tahniah kepada sahabat ambo Al-Fadhil Hj Ropein Hassan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat yang berjaya menyalurkan semangat perjuangan kepada pemuda2 harapan negara ini.


Antara petugas yang paling muda.

Pelbagai suasana ketika mengagihkan hamper di beberapa lokasi di dalam DUN Pengkalan Kubor yang teruk dilanda banjir.

Kanak2 turut dihiburkan hati dengan gula2 dan snacks.

Penghulu Abe Mat dan enjin galahnya...

Pengangkutan baru.. Inisiatif Pakcik Mali Kereta Galo (Traktor) dalam cubaan pertama..

Berperahu dan mendayung....

Mengharungi air sambil memikul hamper.

Unit Amal Negeri Kelantan turut turun padang meninjau keadaan banjir.

BERAMAL KERANA ALLAH.
ALLAHU AKBAR

Tiada ulasan: