Sabtu, 28 Februari 2009

Almarhum Ustaz Wan Jamil Dalam Kenangan


Marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood. Sebagai seorang Islam kita terpaksa menerima ketentuan Ilahi. Qada' dan Qadar. Perancangan Allah SWT adalah melebihi segala-galanya. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Tetapi yang tumbuh belum tentu dapat kuat seperti yang patah dan yang diganti belum pasti akan subur tumbuhnya.

Ambo mengenali almarhum secara dekat setelah diamanahkan sebagai Penghulu Tanpa Mukim DUN Pengkalan Kubor pada tahun 2005. Pada masa yang sama juga beliau dilantik oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar menjadi Penyelia DUN Pengkalan Kubor menggantikan Ustaz Wan Husin Wan Ahmad (Calon PAS DUN Pengkalan Kubor 2004). Semenjak itu ambo sentiasa bersama almarhum menghadiri program parti atau mendepani masalah rakyat di DUN Pengkalan Kubor. Kewujudan jawatan Setiausaha Kerja DUN dan Penolong Setiausaha Majlis Tindakan DUN Pengkalan Kubor yang dibebankan dibahu ambo juga memberi peluang kepada ambo untuk mengenali almarhum dengan lebih dekat.

Walaupun pada awalnya ambo juga meragui keikhlasan almarhum kerana waktu itu ambo bekerja di dalam suasana yang membantah perlantikan almarhum dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Ambo juga hampir sama terjerumus. Namun nasihat daripada seorang veteran parti telah menemukan ambo dengan jawapan terhadap tohmahan dan fitnah tersebut.

Alhamdulillah ambo banyak belajar daripada perkenalan ini.

Tiada ulasan: