Isnin, 16 Mac 2009

PRK P059 Bukit Gantang - Seminggu Ambo Di Sana


Di dalam van.

Ambo, Tok Ngulu Telok Jering, Abe Nor Ladang Rakyat dan Lah Nechang (TokNgulu Telaga Bata) bertolak dari PejabatDUN Pengkalan Kubor jam 4 petang setelah menunggu peralatan siaraya dari Bendang Pak Yong (ada majlis maulidur Rasul malam semalam). Rombongan Muslimat dari Pengkalan Kubor plak terdiri daripada Kah Moh Halaqat, Ma Nisa, Zai Nisa dan Mak Ngah Dah. Kami keluar dari DUN Pengkalan Kubor jam 5 petang menuju ke Parlimen Bukit Gantang dengan tak tahu kemana nak dituju. Tok Ngulu Telok Jering bawa peta highway kat Malaysia untuk rujukan takut2 makan langsat.

Permandangan senja di Batu Melintang ketika di dalam perjalanan.

Melepasi Daerah Jeli menuju ke Grik.

Kami sampai di Markaz PAS peti Undi Permatang Raja pada pukul 1 pagi setelah hampir sejam menikmati buah langsat di Kuala Kangsar (sesat sebab silap masuk simpang).Tetapi kami dapat menikmati panorama malam di Istana Bukit Chandan dan Masjid Ubudiyah di Kuala Kangsar tempat berlakunya tunjuk rasa rakyat kepada kerajaan.

14/3/09 kami menolong jentera UPU memasang bendera disekitar markaz PAS Permatang Raja kerana terdapat majlis kenduri kahwin di depan markaz. Hari ini tidak banyak aktiviti. So ambo ajak anak2 Abang Nuar (AJK PAS Cawangan) pi makan kuey tiow terbakar di warung Pak Tam .


Membantu jentera UPU Permatang Raja memasang bendera purnama di hadapan Markaz PAS Permatang Raja yang juga merupakan tempat penginapan kami.

Menunggu Pak tam siap menggoreng Kuey tiow.

Pak Tam dengan aksi membakar kuey tiow. Aksi ganas gak laa...

Ni salah sorang anak Abang Nuar, namanya Azamudin... Becok, Nakal dan Buas semua ada pada dia...

15/3/2009 kenduri kahwin di depan markaz. Pi tunjuk muka kat depa bergotong royong. Saja nak dengar2 apa yang depa dok sembang. Ramai UMNO rupanya. Ada sorang tu siap sound Abg Nor Ladang Rakyat sebab pakai baju BULAN. Hahaha lawak sungguh.

GotongRoyon kenduri kat sini dimonopoli oleh kaum ADAM.


Muslimat PAS Tumpat turut hadir di Majlis kenduri tersebut.

Tapi sebelum depa pi makan kenduri, depa buat program ziarah di sekitar Peti Undi Permatang Raja. Yang dok belah kiri sekali tu la isteri Tok Sidang.

Pada sebelah petang 15/3/09 ambo mewakili PAS Tumpat hadir mesyuarat JPN Kelantan di Taman Simpang Setia Kuala Sepetang. Macam orang buta tanpa tongkat ambo cari lokasi ni. Nasib baikla ambo terkelih kereta perdana YB Abe Ki. Sejam jugakla dok keliling 2 3 buah taman perumahan. Mesyuarat kul 5 abis kul 7. Waktu balik muslimat tepon depa tak masak kerana ada jemputan daripada hamba Allah di Kg Matang Aceh ajak makan malam bersama YAB IR Hj Mohd Nizar Jamaludin.

Gembira gak dapat bergambar dengan YAB Nizar ni....

16/3/09 Sebelah pagi keluar bersama YB Abg Ki membeli udang di jeti Sungai Che Rahmat. Abis RM 40. Bawa balik untuk muslimat masak. Sebelah petang plak membantu jentera UPU Permatang Raja memasang bendera di bilik gerakan dan sekitar jalan utama di Permatang Raja dan bersambung ke malam.

YB Abg Ki dan AbgNor Ladang Rakyat (menonggeng) sedang tawar menawar waktu nak beli udang.

Mat Din dan Tok Ngulu Pasir pekan, Sahardi sedang memasang bendera.

Abg Nuar (baju ijau) antara jentera tempatan yang sentiasa membantu kami.

Rasa bangga plak bila syiar parti Islam berkibar megah di ruang angkasa. Takbir.....

Tiada ulasan: