Selasa, 3 Mac 2009

Sepagi Dengan Pak Cik Mali

Cerita ini ambo khabarkan untuk renungan kita bersama. Ambo tulis ini sebagai ingatan kepada kita semua terutama pemimpin yang diberi amanah menjaga kepentingan rakyat supaya lebih cakno (prihatin) kepada rakyat dibawah. Ambo bukan nak mencari kesalahan sesiapa cuma sekadar meluahkan keperitan yang menimpa sebahagian pesawah di Kg Kajang Sebidang, Bunuhan Hulu, Palas Merah, Wakaf Kera, Kubang Sawa, Naga Ibu dan Bendang Pak Yong.

Permandangan sawah dipenuhi air hujan

Jam 8:30 pagi pada tanggal 03 Mac 2009 ambo menerima panggilan dari Pak Cik Mali (seorang pengusaha bendang padi yang juga aktivis masyarakat di Kg Kajang Sebidang). Beliau meminta ambo ke Kuala Pisau Raut pada pagi tersebut untuk mengambil gambar kerja-kerja mengorek parit di situ.

Sesampai di sana, Pokcik (nama mesra beliau) memaklumkan kepada ambo tentang pintu air di Kuala Pisau Raut yang tidak berfungsi. Sedangkan pada 2, 3 hari kebelakangan ini hujan turun dengan lebatnya. Hasilanya kawasan bendang padi penduduk kampung dipenuhi air yang tidak dapat mengalir ke sungai. Ekoran itu atas usaha beliau dan gotong royong penduduk sekitar mereka menggali parit untuk mengeluarkan air ke sungai.


Pak Cik Mali dan rakannya berdiri di atas pintu air yang dah bertahun (since 1991) rosak tanpa dibaiki.

Jentolak yang diupah oleh petani untuk mengeluarkan air dari parit ke sungai yang berhampiran.

Bila musim kemarau, mereka terpaksa pula menutup parit ini bagi mengelak dari air masin (dari laut) memasuki bendang mereka. Perkara ini telah ambo panjangkan kepada Setiausaha DUN Pengkalan Kubor dan beliau memaklumkan bahawa Exco Pertanian akan turun melihat masalah ini dengan segera. Ambo harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ketika ambo dibawa meninjau sawah2 penduduk, anak2 padi baru mula tumbuh tetapi ditenggelami air. Pokcik kata kalau anak padi tersebut dakan mati jika terendam di dalam air dalam masa 3 atau 4 hari berterusan.

Anak-anak padi yang ditenggelami air.

Pokcik menunjukkan saiz anak padi yang baru tumbuh dengan paras air di dalam sawahnya.

Ambo juga dibawa menjala ikan sawah oleh Pokcik. Ada dekatseguni pelbagai jenis ikan yang ambo bawa balik. Antaranya ikan keli, haruan, sepat dll. Petang itu ambo makan nasi berlaukkan gulai ikan darat.... yummy...

Gambar2 ini adalah selingan sahaja.

Tiada ulasan: