Sabtu, 21 Mac 2009

Cipataan Ilahi


Anugerah ini akan sentiasa kekal jika manusia tidak rakus mengejar pembangunan. Permandangan yang indah ini akan dapat dinikmati zaman berzaman jika penguasa tidak dayus dengan suapan di bawah meja. Alam ini akan terus sejuk sesejuk mata memandang. Kesegaran udara dan kesuraman senja akan terus dihayati jika kita sama2 bergandingan menjaganya.

Rakaman ini ambo ambik ketika selesai tugasan ambo di Bukit Gantang dan dalam perjalanan balik ke Tumpat.....


PRK Bukit Gantang Chapter One - The Banners

Banner menjadi tarikan... Kalo nak jelas klik atas gambar tuh 2x

Ni tarikh 21/3/09 ambo on da way back to Pengkalan Kubor.... Dok perati kiri kanan jalan ambo terkelih beberapa banner yang menarik perhatian ambo. Benner ni diletakkan di DUN Changkat Jering... Nama tempat ambo tak tahu tapi menarik perhatian ambo. Pandai sungguh depa ni melukisdan kreatif....

ni ambo kongsi gambar2 banner tersebut....


PRK Bukit Gantang - Chapter One Salam Perkenalan

Program ari ni :

Ziarah bersama doktor (Doktor Zaki dari Terengganu)... Ramai warga emas suka kat dia... Depa habaq dia pandai ambik hati orang tua... Layanan dia pun baguih.
Sebelah malam ada majlis ramah mesra.. ada makan2.... tayangan LCD dan salam2

Gambar atas ni haha.... Dr Zaki dan Setiausaha DUN Pasir Pekan Solah Hudin Husin (tak berbaju) dalam sesi lepak2 borak di Markaz selepas sarapan pagi.

Setiausaha PAS Kawasan Tumpat menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang penerima yang memerlukan.

Ambo berlakon membakar lemang untuk program BBQ dengan penduduk Permatang Raja.

Proses mencari jentera pemuda di Permatang Raja berjaya apabila majlis sebegini diadakan. Berpusu2 depa datang...

Abang Nuar (Abang angkat ambo.. Antara pelakon utama PRK P059 Bukit Gantang Peti Undi Permatang Raja) menunjukkan skil menebarroti canai. Pecah rahsia dulu2 dia memang ada kedai jual roti canai.. Loni dia angkut sawit dan bawa lori ikan ke Kuala Besut.

Mula2 majlis ni nak buat untuk orang muda saja tapi dari budak kecik sampai orang tua semua nak datang... jadilah majlis salam perkenalan PAS Tumpat dengan Peti Undi Permatang Raja la plak.. Abis satu kampung hadir.. Muslimat pun hadir sama..

YB Mohd Zaki Ibrahim menyampaikan ucapan perkenalan....


Isnin, 16 Mac 2009

PRK P059 Bukit Gantang - Seminggu Ambo Di Sana


Di dalam van.

Ambo, Tok Ngulu Telok Jering, Abe Nor Ladang Rakyat dan Lah Nechang (TokNgulu Telaga Bata) bertolak dari PejabatDUN Pengkalan Kubor jam 4 petang setelah menunggu peralatan siaraya dari Bendang Pak Yong (ada majlis maulidur Rasul malam semalam). Rombongan Muslimat dari Pengkalan Kubor plak terdiri daripada Kah Moh Halaqat, Ma Nisa, Zai Nisa dan Mak Ngah Dah. Kami keluar dari DUN Pengkalan Kubor jam 5 petang menuju ke Parlimen Bukit Gantang dengan tak tahu kemana nak dituju. Tok Ngulu Telok Jering bawa peta highway kat Malaysia untuk rujukan takut2 makan langsat.

Permandangan senja di Batu Melintang ketika di dalam perjalanan.

Melepasi Daerah Jeli menuju ke Grik.

Kami sampai di Markaz PAS peti Undi Permatang Raja pada pukul 1 pagi setelah hampir sejam menikmati buah langsat di Kuala Kangsar (sesat sebab silap masuk simpang).Tetapi kami dapat menikmati panorama malam di Istana Bukit Chandan dan Masjid Ubudiyah di Kuala Kangsar tempat berlakunya tunjuk rasa rakyat kepada kerajaan.

14/3/09 kami menolong jentera UPU memasang bendera disekitar markaz PAS Permatang Raja kerana terdapat majlis kenduri kahwin di depan markaz. Hari ini tidak banyak aktiviti. So ambo ajak anak2 Abang Nuar (AJK PAS Cawangan) pi makan kuey tiow terbakar di warung Pak Tam .


Membantu jentera UPU Permatang Raja memasang bendera purnama di hadapan Markaz PAS Permatang Raja yang juga merupakan tempat penginapan kami.

Menunggu Pak tam siap menggoreng Kuey tiow.

Pak Tam dengan aksi membakar kuey tiow. Aksi ganas gak laa...

Ni salah sorang anak Abang Nuar, namanya Azamudin... Becok, Nakal dan Buas semua ada pada dia...

15/3/2009 kenduri kahwin di depan markaz. Pi tunjuk muka kat depa bergotong royong. Saja nak dengar2 apa yang depa dok sembang. Ramai UMNO rupanya. Ada sorang tu siap sound Abg Nor Ladang Rakyat sebab pakai baju BULAN. Hahaha lawak sungguh.

GotongRoyon kenduri kat sini dimonopoli oleh kaum ADAM.


Muslimat PAS Tumpat turut hadir di Majlis kenduri tersebut.

Tapi sebelum depa pi makan kenduri, depa buat program ziarah di sekitar Peti Undi Permatang Raja. Yang dok belah kiri sekali tu la isteri Tok Sidang.

Pada sebelah petang 15/3/09 ambo mewakili PAS Tumpat hadir mesyuarat JPN Kelantan di Taman Simpang Setia Kuala Sepetang. Macam orang buta tanpa tongkat ambo cari lokasi ni. Nasib baikla ambo terkelih kereta perdana YB Abe Ki. Sejam jugakla dok keliling 2 3 buah taman perumahan. Mesyuarat kul 5 abis kul 7. Waktu balik muslimat tepon depa tak masak kerana ada jemputan daripada hamba Allah di Kg Matang Aceh ajak makan malam bersama YAB IR Hj Mohd Nizar Jamaludin.

Gembira gak dapat bergambar dengan YAB Nizar ni....

16/3/09 Sebelah pagi keluar bersama YB Abg Ki membeli udang di jeti Sungai Che Rahmat. Abis RM 40. Bawa balik untuk muslimat masak. Sebelah petang plak membantu jentera UPU Permatang Raja memasang bendera di bilik gerakan dan sekitar jalan utama di Permatang Raja dan bersambung ke malam.

YB Abg Ki dan AbgNor Ladang Rakyat (menonggeng) sedang tawar menawar waktu nak beli udang.

Mat Din dan Tok Ngulu Pasir pekan, Sahardi sedang memasang bendera.

Abg Nuar (baju ijau) antara jentera tempatan yang sentiasa membantu kami.

Rasa bangga plak bila syiar parti Islam berkibar megah di ruang angkasa. Takbir.....

Sabtu, 7 Mac 2009

Ahli Keluarga Yang Baru

Nama dia Puteri Batrisya Dania... gitulah lebih kurang... Anak kepada sepupu ambo Fatin Salwani aka Kak Long. Lahir kat Spital Kota Bharu pada 7 Mac 2009. Berat 3.7 kg.

Seminggu Sudah Berlalu

Malam ini hari Sabtu malam Ahad, Majlis Tindakan DUN Pengkalan Kubor mengadakan majlis tahlil buat Allahyarham Ustaz Hj Wan Mohd Jamil Wan Mahmood yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi pada pagi Sabtu yang lalu. Tahlil tersebut diadakan di Masjid Geting dan dihadiri hampir 500 orang.

Kami, di Pengkalan Kubor begitu merasa kehilangan.... Sepanjang 4 tahun kebelakangan ini Allahyarham menjadi ikon utama di Pengkalan Kubor. Allahyarham sentiasa mempunyai masa untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah rakyat. Allahyarham lebih terbuka di dalam membuat keputusan. Paling utama Allahyarham tidak membuat keputusan secara berseorangan dan mengikut perasaan. Setiap keputusan yang diambil turut mengambil kira pandangan setiap pihak.

Sepanjang 4 tahun ini banyak garapan yang Allahyarham atur untuk orang muda. Atas inisiatif Allahyarham selama 4 tahun tersebut, DUN Pengkalan Kubor kini mempunyai ramai tenaga muda yang aktif berkhidmat untuk parti dan masyarakat secara sukarela. Pendekatan yang diambil oleh Allahyarham dengan turun berdampingan golongan muda telah mendapat perhatian golongan tersebut. Usaha Allahyarham membawa anak-anak muda melawat Pulau Langkawi antara bukti kesungguhan Allahyarham untuk mendekati golongan ini.
Sesungguhnya yang tinggal kini hanyalah kenangan. Insya Allah semangat yang Allahyarham tunjukkan itu dapat menjadi pedoman kepada kami untuk mengemudi DUN Pengkalan Kubor di masa hadapan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Buat Kak Ti... bersabarlah menempuh ujian dari Ilahi ini.

Selasa, 3 Mac 2009

Sepagi Dengan Pak Cik Mali

Cerita ini ambo khabarkan untuk renungan kita bersama. Ambo tulis ini sebagai ingatan kepada kita semua terutama pemimpin yang diberi amanah menjaga kepentingan rakyat supaya lebih cakno (prihatin) kepada rakyat dibawah. Ambo bukan nak mencari kesalahan sesiapa cuma sekadar meluahkan keperitan yang menimpa sebahagian pesawah di Kg Kajang Sebidang, Bunuhan Hulu, Palas Merah, Wakaf Kera, Kubang Sawa, Naga Ibu dan Bendang Pak Yong.

Permandangan sawah dipenuhi air hujan

Jam 8:30 pagi pada tanggal 03 Mac 2009 ambo menerima panggilan dari Pak Cik Mali (seorang pengusaha bendang padi yang juga aktivis masyarakat di Kg Kajang Sebidang). Beliau meminta ambo ke Kuala Pisau Raut pada pagi tersebut untuk mengambil gambar kerja-kerja mengorek parit di situ.

Sesampai di sana, Pokcik (nama mesra beliau) memaklumkan kepada ambo tentang pintu air di Kuala Pisau Raut yang tidak berfungsi. Sedangkan pada 2, 3 hari kebelakangan ini hujan turun dengan lebatnya. Hasilanya kawasan bendang padi penduduk kampung dipenuhi air yang tidak dapat mengalir ke sungai. Ekoran itu atas usaha beliau dan gotong royong penduduk sekitar mereka menggali parit untuk mengeluarkan air ke sungai.


Pak Cik Mali dan rakannya berdiri di atas pintu air yang dah bertahun (since 1991) rosak tanpa dibaiki.

Jentolak yang diupah oleh petani untuk mengeluarkan air dari parit ke sungai yang berhampiran.

Bila musim kemarau, mereka terpaksa pula menutup parit ini bagi mengelak dari air masin (dari laut) memasuki bendang mereka. Perkara ini telah ambo panjangkan kepada Setiausaha DUN Pengkalan Kubor dan beliau memaklumkan bahawa Exco Pertanian akan turun melihat masalah ini dengan segera. Ambo harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ketika ambo dibawa meninjau sawah2 penduduk, anak2 padi baru mula tumbuh tetapi ditenggelami air. Pokcik kata kalau anak padi tersebut dakan mati jika terendam di dalam air dalam masa 3 atau 4 hari berterusan.

Anak-anak padi yang ditenggelami air.

Pokcik menunjukkan saiz anak padi yang baru tumbuh dengan paras air di dalam sawahnya.

Ambo juga dibawa menjala ikan sawah oleh Pokcik. Ada dekatseguni pelbagai jenis ikan yang ambo bawa balik. Antaranya ikan keli, haruan, sepat dll. Petang itu ambo makan nasi berlaukkan gulai ikan darat.... yummy...

Gambar2 ini adalah selingan sahaja.