Khamis, 21 Mei 2009

Salam Perjuangan


Assalamualaikum wbt.


Salam penerusan perjuangan buat para sahabat dan para pemuda sekelian.

Selepas Mesyuarat Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat yang lalu ambo diamanahkan dengan tugasan yang lebih berat dan memerlukan komitmen yang lebih besar iaitu sebagai Setiausaha DPPKT. Walaupun ambo tidak bertanding pada pemilihan tersebut, namun kepercayaan oleh Ketua Pemuda (KP) kepada ambo amat sukar untuk diterima.

Sukar kerana jika diterima ambo terpaksa memikul amanah para perwakilan khasnya dan para pemuda seluruh Tumpat amnya. Ini adalah bebanan yang terpaksa ditanggung jika ambo menerima amanah daripada KP tersebut. Seawalnya ambo menolak pencalonan untuk pemilihan AJK DPPKT kerana ingin memberi tumpuan khusus kepada DUN Pengkalan Kubor yang kalah untuk kedua kalinya pada PRU yang lalu.

Ambo bertanya kepada beberapa veteran Pemuda dan sahabat terdekat tentang layakkah ambo memikul tugasan sebagai Setiausaha DPPKT. Ambo khuatir dengan kekurangan ilmu agama di dada menyukarkan ambo untuk berdepan dengan sahabat-sahabat yang lebih tinggi ilmu agamanya. Dengan sifat ambo yang malu untuk berdepan dengan orang ramai. Ambo juga khuatir dengan kekurangan diri yang bakal menjejaskan DPPKT. Lagipun amat sukar untuk ambo membahagikan masa untuk kerja-kerja di DUN dan sebagainya.

Sehinggakan ambo secara terdesak tidak menghadirkan diri pada mesyuarat yang pertama DPPKT sesi 2009/11 demi untuk mengelakkan diri dari menjadi Setiausaha DPPKT. Namun Qada' dan Qadar itu telah menetapkan bahawa ambo terpaksa menggalas tugas dan amanah yang berat ini.

Harapan Ambo sahabat-sahabat semua dapat memberi kerjasama kepada ambo untuk menyahut cabaran-cabaran yang akan ditempuhi oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat di masa mendatang secara bersama. InsyaAllah kebersamaan ini akan dapat membina jatidiri pemuda-pemuda semua untuk mendapat keredhaan Ilahi...

Amin...



Tiada ulasan: