Khamis, 21 Mei 2009

Mei Minggu Ke-3

Salam perjuangan,

Bulan Mei antara bulan yang paling mencabar pada tahun ini...

Mukatamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali ke 50 antara agenda yang berlangsung pada bulan Mei ini. Paling hangat selain isu Perak ialah pemilihan jawatan di dalam muktamar tersebut. Siapa yang layak untuk mengetuai DPPNK ini sudahpun terjawab iaitu YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman. Beliau mengalahkan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan memperolehi majoriti 22 undi dimana beliau mendapat 75 undi daripda perwakilan yang layak mengundi. Kedua-dua tokoh muda ini merupakan gennerasi pelapis kepimpinan ulamak yang sudah 20 tahun mewarnai politik PAS di Malaysia. Tahniah buat yang berjaya .

Bulan Mei juga memperlihatkan media arus perdana mengadu domba kepimpinan PAS dengan mempolemikkan kepimpinan ulamak dan profesional. Heboh satu Malaysia kononnya wujud pertembungan di dalam kepimpinan PAS. Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui.... Dialah yang mengatur seluruh alam ini. Sebijak-bijak perancangan manusia, Allah Maha Bijak.... Polemik tersebut lenyap begitu sahaja. Tidak menjadi...

Berbalik dengan apa yang berlaku di Pengkalan Kubor juga memberi impak yang besar kepada diri ambo khususnya. Terfikir dibenak ini adakah betul tindakan ambo atau sebaliknya. Tetapi semua itu merupakan kesinambungan perjuangan yang perlu ambo lalui.... Rencah kehidupan ini melontarkan cabaran yang perlu difikirkan oleh semua pihak... Penyelesaiannya... tepuk dada tanyalah iman... Semoga yang masih tertidur akan sedar tentang kekurangannya dan memperbetulakan kesilannya itu.


Wassalam

1 ulasan:

jai13569 berkata...

Cis!!!!budak hingusan baru nak politik kamu ! tau tak?,,YANG PALING BERKUASA DALAM PAS ,ADALAH USTAZ ANUAR IBRAHIM AL-JUBURI LAH!!!