Ahad, 19 Oktober 2008

Mood Raya Lagi....

Hari ni 20 Syawal 1429H bersamaan 20 Oktober 2008, dah 20 hari Aidilfitri berlalu... Suasana opis ambo masih lagi dalam mood raya. Kuih-muih dan makanan boleh dikatakan ada setiap hari, disponsor oleh sahabat-sahabat yang merayakan puasa enam... Ada yang bawa bihun goreng, nasi tomato, laksa penang, nasi dagang, roti jala bersama kuzi ayam (peberet ambo ni) dan macam-macam lagi. Pendek kata lately perut ambo kekenyangan....

Erdd... Alhamdulillah.. terima kasih kawan-kawan sekalian... Sapa yang belum raya poso nam lg angkat tangan???

Rabu, 15 Oktober 2008

Nostalgia Lebaran 2007

Lately ambo rasa cam kebusanan jer... Takder mende nak dibuat... Kerja-kerja opis tak banyak.. Banyak bersantai dari bekerja.. Betul-betul borink tak tau nak buat apa.. So tengah-tengah kebusanan tu ambo teringat raya tahun lepas... Rasa lebih meriah la tahun lepas... Tahun lepas kanda ambo di Kuantan balik.. So anakanda2 ambo yang notty tu pun turut menggegerkan suasana... Time tu nenda ambo pun masih sihat... Lerni dia keuzuran...

Ni kat bawah ni adalah gambar ahli keluarga ambo... Tapi ada jugak yang tiada dalam gambar... Ni Plak gambar famili kakak ambo b4 ada Umaira the youngest girl...

Ni plak gambar ambo dengan mak sedara. Dia ni adik arwah bonda ambo.

Yang kat bawah ni plak askar-askar yang lasak dan notty.... Dioranglah yang menggegerkan rumah masa hari raya... Tiga yang baju kuning tu adalah anak buah ambo....

Sabtu, 11 Oktober 2008

Rumah Terbuka Kerajaan Negeri

Tanggal 09/10/08 Bertempat di Dataran Stadium.

Bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat , YB Hj Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

YB Senator Mumtaz Mat Nawi sedang mengemas meja, turut kelihatan YB Hajjah Wan Ubaidah Omar.

Bersama Setiausaha DUN Pengkalan Kubor Saudara Wan Rosdi Wan Ibrahim... 2nd Bos ambo la ni...

Yang ni Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) yang juga ADUN Bukit Panau YB Abdul Fatah Mahmood

Yang ni plak ADUN Pasir Tumbuh, YB Ahmad Baihaki Atiqullah...

Yang last ni orang kuat JPN Kelantan...

Selasa, 7 Oktober 2008

Anak Buah Ambo

Anak buah ambo ada 5 orang semuanya. Yang paling kecil nama pendeknya Umaira. Nama penuh dia Nor Afifah Umaira Binti Mohd Farid. Anak ke 4 yang juga anak bongsu satu2nya kakak ambo. Ni gambar dia...

Yang kedua kecil nama dia Farisya. Yang itam manis ni anak sulong abang ambo yang nombor 2.
Yang ni kecil-kecil cili api... Notty sikit tapi comel. Ni-ni anak ketiga kakak ambo. Nama dia Mohd Ariff Farhan Bin Mohd Farid.

Yang ni plak pompuan. Pantang jumpa makanan nak makan aje.. Yang ni anak kedua kakak ambo, nama dia Nor Alifah Kamelia Binti Mohd Farid aka ILA.

Yang laki ni plak anak sulong kakak ambo dan nama dia Mohd Afnan Irshaduddin Bin Mohd Farid. Nama panggilan keluarga Iman. Dah darjah empat.... tapi ambo suka panggil dia dengan nama abang.

Sabtu, 4 Oktober 2008

MC Bidang Terjun Di Rumah Terbuka Penyelia DUN Pengkalan Kubor


Selamat Hari Raya Aidilfitri-Minal Aidil Wal Faizin- Maaf Zahir Dan Batin... Haha... Terima kasih daun keladi kepada pihak terbabit kerana memberi peluang kepada ambo untuk menjadi MC pada Rumah Terbuka Penyelia DUN Pengkalan Kubor pada 04 Syawal 1428H atau 04/10/08 di Perkarangan Dewan Penggawa Daerah Pengkalan Kubor di Chabang 3 Geting.

Berikut adalah antara gaya MC bidang terjun yang sempat di klik2 oleh mereka yang tidak betanggung jawab... haha

Yang ni best...ambo sedang memanggil kanak-kanak untuk menerima duit raya. Ratusan juga yang beratur... Entah dari mana la muncul budak2 ni... Rasa macam tak ramai... bila beratur ramai plak... Walaupun ambo tak dapat duit but ambo happy tengok bebudak tu bersungguh beratur nak duit raya. Terima kasih kepada penderma duit raya... Tahun depan tambah lagi bajet yer... Ramai laginak datang tahun depan.. Haha

Ni plak gambar ambo bersantai selepas kerja-kerja MC habis... sempat la ambo berposing hehe...

Rabu, 1 Oktober 2008

Ambo & Anak Dara

Cucu nenek (sepupu ambo) pada hari raya pertama... hehe.. Besar2 blako dah...
Dari kiri : Amirah, Atifah, Ambo, Aisyah & Atikah

Duduk dari kiri : Atikah, Atifah, Ambo, Aisyah & Amirah

Baru lepas bagi duit raya.....

Raya Tahun Ni.... Ambo Gi Mano???


Tahun ni ambo beraya dengan keluarga macam biasa cuma teman-teman tak sempat nak jemput ke rumah macam tahun-tahun lepas. Tahun ni ambo balik lewat sebab ikut kawan-kawan takbir raya kat masjid. So subuh kat rumah je la tak macam tahun lepas...

Pagi raya, lepas solat sunat Adilfitri ambo bersama my good fren pergi raya kat Pondok Kok Semeru. Ziarah Ustaz Muslim dan keluarga.

Then Tok Imam telefon suruh pergi makan nasi dagang di rumahnya. So ambo and the gang pun pergi laaa....

Balik rumah ambo pun panggil semua sepupu and bagi duit raya....

Ni plak gambar nenda dan bonda Hasmah.