Selasa, 7 Oktober 2008

Anak Buah Ambo

Anak buah ambo ada 5 orang semuanya. Yang paling kecil nama pendeknya Umaira. Nama penuh dia Nor Afifah Umaira Binti Mohd Farid. Anak ke 4 yang juga anak bongsu satu2nya kakak ambo. Ni gambar dia...

Yang kedua kecil nama dia Farisya. Yang itam manis ni anak sulong abang ambo yang nombor 2.
Yang ni kecil-kecil cili api... Notty sikit tapi comel. Ni-ni anak ketiga kakak ambo. Nama dia Mohd Ariff Farhan Bin Mohd Farid.

Yang ni plak pompuan. Pantang jumpa makanan nak makan aje.. Yang ni anak kedua kakak ambo, nama dia Nor Alifah Kamelia Binti Mohd Farid aka ILA.

Yang laki ni plak anak sulong kakak ambo dan nama dia Mohd Afnan Irshaduddin Bin Mohd Farid. Nama panggilan keluarga Iman. Dah darjah empat.... tapi ambo suka panggil dia dengan nama abang.

Sabtu, 4 Oktober 2008

MC Bidang Terjun Di Rumah Terbuka Penyelia DUN Pengkalan Kubor


Selamat Hari Raya Aidilfitri-Minal Aidil Wal Faizin- Maaf Zahir Dan Batin... Haha... Terima kasih daun keladi kepada pihak terbabit kerana memberi peluang kepada ambo untuk menjadi MC pada Rumah Terbuka Penyelia DUN Pengkalan Kubor pada 04 Syawal 1428H atau 04/10/08 di Perkarangan Dewan Penggawa Daerah Pengkalan Kubor di Chabang 3 Geting.

Berikut adalah antara gaya MC bidang terjun yang sempat di klik2 oleh mereka yang tidak betanggung jawab... haha

Yang ni best...ambo sedang memanggil kanak-kanak untuk menerima duit raya. Ratusan juga yang beratur... Entah dari mana la muncul budak2 ni... Rasa macam tak ramai... bila beratur ramai plak... Walaupun ambo tak dapat duit but ambo happy tengok bebudak tu bersungguh beratur nak duit raya. Terima kasih kepada penderma duit raya... Tahun depan tambah lagi bajet yer... Ramai laginak datang tahun depan.. Haha

Ni plak gambar ambo bersantai selepas kerja-kerja MC habis... sempat la ambo berposing hehe...

Rabu, 1 Oktober 2008

Ambo & Anak Dara

Cucu nenek (sepupu ambo) pada hari raya pertama... hehe.. Besar2 blako dah...
Dari kiri : Amirah, Atifah, Ambo, Aisyah & Atikah

Duduk dari kiri : Atikah, Atifah, Ambo, Aisyah & Amirah

Baru lepas bagi duit raya.....

Raya Tahun Ni.... Ambo Gi Mano???


Tahun ni ambo beraya dengan keluarga macam biasa cuma teman-teman tak sempat nak jemput ke rumah macam tahun-tahun lepas. Tahun ni ambo balik lewat sebab ikut kawan-kawan takbir raya kat masjid. So subuh kat rumah je la tak macam tahun lepas...

Pagi raya, lepas solat sunat Adilfitri ambo bersama my good fren pergi raya kat Pondok Kok Semeru. Ziarah Ustaz Muslim dan keluarga.

Then Tok Imam telefon suruh pergi makan nasi dagang di rumahnya. So ambo and the gang pun pergi laaa....

Balik rumah ambo pun panggil semua sepupu and bagi duit raya....

Ni plak gambar nenda dan bonda Hasmah.

Rabu, 17 September 2008

Buka Puasa Keluarga

Disebabkan kekanda2 dan adinda2 ambo lambat nak balik kampung... so ambo decided nak buka puasa di luar bersama nenda dan bonda2 ambo. Sepupu2 ambo pun ikut sekali. Ambo bawa dioran berbuka di Restoran Terapung Pantai Sri Tujoh. Ni lah antara kenangan hari tersebut....

Klik2

Emmmm..... ambo kelik (balik) dari buka puasa kat balasah (surau) petang semalam ... Tuan balasah tu padoh (undang) ambo ari Jumaat lepas lagi.. So ambo takleh nak tolak la... Hehe...

Sampai di rumah, nenek ambo duk ngurut dengan cucu dan cicit dia. Ambo pun klik2 la sekepind dua gambar. Kebetualan anak sedara ambo hak itam manis tu pun ada sekali.. so ambo pun klik2la. Happy sungguh tengok sepupu n anak sedara ambo bersama nenek....

Sabtu, 2 Ogos 2008

Jalan-Jalan Pi Pangkor

Salam.

Em... Hari ni ambo nak bercerita pasal jalan-jalan ambo ke Pulau Pangkor. Ambo gi dengan beberapa orang teman. Best sungguh sebab ambo tak pernah lagi sampai ke Pangkor ni. So ambo rasa sangat teruja bila teman-teman buat trip ni.

Ambo n fren bertolak dari Tu
mpat pada pukul 10:00 malam. Rehat makan durian di Batu Melintang n terus ke Lumut. Sepanjang jalan tu ambo bantai tidur tp tak boleh nak tidur sangat sebab jalan macam ular kena palu. Dapat plak driver yang tidak dapat lesen Formula One so pecut memanjang tak kira selekoh... pening palo ambo...
Ambo n kekawan sampai di Lumut pukul 4:00 pagi. Makan roti canai kedai mamak n tidur dalam kereta. Nak tidur kat masjid, pagarnya lock. Selepas solat subuh ambo bertolak ke Jeti Lumut n ambik feri ke Pulau Pangkor.

Hehe.. kena angin pagi ni nyaman sungguh... Tengok permandang pagi, pengkalan TLDM dengan kapal-kapalnya di dock suatu yang tidak dapat dilupakan. Ambo juga dapat menikmati permandangan matahari terbit yang cantik.... Em seronoknyer...

Sampai di pulau ambo n fren check-in then tidur... Ganti tidur yang tertangguh semalam... Tengaharinya ambo pi mandi air laut then pi mandi kolam plak. Berendam dalam kolam sampai kecut (hampir jadi ET). Petangnya ambo n group pi tour ke sekitar pulau. Shopping makanan laut yang dikeringkan.. Beli baju untuk anak2 sedara n sepupu. Jalan-jalan tengok panorama di Pulau Pangkor.


Lawaknya masa tengah tour tu, saing (kawan) ambo boleh mabuk naik kereta... So untuk mereleasekan pening2 lalatnya tu ambo pun temankanlah dia jalan2 tepi pantai.. Ingat nak sewa jet ski tapi tak cukup masa... So ambo mengakhiri tour tersebut dengan bergambar di atas batu.... Haha...Esoknya ambo check out dari resort tu n pulang ke kampung halaman....